Selasa, 15 April 2008

EDISI : HIDONISME


Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Ilahi di atas segala rahmat dan kasih sayang-Nya, dapat lagi kita bersama-sama untuk meneruskan pengajian kita dengan aman, tenteram dan selesa.

Perutusan kali ini adalah mengenai budaya Hedonisme yang semakin serius menular di kalangan mahasiswa/i terutamanya di kalangan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buktinya, aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh kebanyakkan kolej kediaman di UKM ternyata cenderung kepada hiburan yang melalaikan seperti Battle of the Band, Kugiran, Joget Lambak, Dansa dan sebagainya.

Kesan daripada wujudnya Budaya Hedonisme ini, mahasiswa/i tidak lagi berminat untuk menghadiri kuliah-kuliah ilmu, forum-forum keagamaan dan lain-lain lagi program yang berfaedah sebaliknya mereka akan cenderung kepada hiburan yang melalaikan. Akibatnya, prestasi akademik semakin menurun, maksiat berleluasa, dan keruntuhan akhlak dikalangan mahasiswa/i UKM semakin parah dan serius.

Sebagai mahasisiwa yang mempunyai daya keintelektualan yang tinggi, kita seharusnya menghindari gejala yang tidak berfaedah ini. Gelaja ini bukan sahaja salah di sisi agama Islam malah gejala ini juga akan menyebabkan mahasiswa/i akan lalai daripada mengejar ilmu pengetahuan. Sebagai mahasiswa/i, banyak lagi program yang berbentuk ilmiah boleh kita hadiri seperti wacana ilmu, forum perdana, diskusi ilmu, kuliah-kuliah keagamaan dan sebagainya.

Akhir kata, pada hari ini marilah kita berazam dan berjanji kepada diri kita, agar kita menjauhi dan tidak menyokong segala aktiviti-aktiviti berunsurkan hedonisme yang banyak di anjurkan oleh kolej-kolej kediaman di UKM. Semoga perjanjian kita ini sedikit sebanyak boleh mencegah gelaja ini daripada berleluasa di UKM yang kita cinitai. Semoga segala usaha kita ini mendapat keberkatan serta mendapat pertolongan daripada Allah. Sekian

“MAHASISWA BERAKHLAK, TERAS KEUTUHAN NEGARA’

;;