Ahad, 29 Jun 2008

SELAMAT DATANG WARGA FAKULTI PENDIDIKAN YANG BARU

Alhamdulillah bersyukur kita panjatkan kepada Allah SWT di atas segala rahmat dan maghfirah-Nya dapat sekali lagi kita bertemu di medan perjuangan yang kita cintai ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada warga Fakulti Pendidikan.

Lembaran baru telah bermula, syabas dan tahniah kepada para pelajar yang baru sahaja menjejak kaki ke UKM sekaligus menjadi warga Fakulti Pendidikan. Selamat datang saya ucapkan kepada siswa/I yang baru mendaftar di UKM ini. Gunakanlah peluang ini untuk mencipta sejarah yang baru dalam diri saudara dan saudari untuk kita kekalkan kedudukan universiti ini sebagai universiti yang terbaik di Malaysia sekaligus melayakkan Universiti kita sebagai Universiti APEX. Saya berharap kedatangan saudara saudari sebagai suntikan menjana perkembangan pendidikan yang hakiki untuk membentuk modal insan cemerlang seperti mana yang telah diuar-uarkan oleh semua pihak..

Kita sebagai pelajar seharusnya meletakkan keazaman yang tinggi untuk meningkatkan lagi usaha ke arah kecemerlangan untuk memacu hala tuju sebagai pembina masyarakat di masa akan datang. Tingkatkanlah usaha serta tumpukanlah kepada tanggungjawab kita kepada tugas yang sebenar sebagai seorang pelajar dan Pendidik demi mencapai kecermelangan pada masa depan. Semoga cita-cita yang diimpikan selama ini akan terlaksana. InsyaAllah…

Akhir kata, jagalah diri anda sebagai seorang manusia yang berakhlak dan beretika agar modal insan yang diingin di capai bukan sahaja cemerlang dari sudut akademiknya malahan cemerlang dari aspek akhlak dan moralnya. Sekian...

‘‘MAHASISIWA MEMACU KEBANGKITAN”

;;