Isnin, 15 September 2008

Fakulti Pendidikan- Kira-kira tepat jam 10pagi, pimpinan daripada GMUKM bertandang ke fakulti Pendidikan UKM dalam satu RoadShow memperkenalkan GMUKM kepada warga Kampus UKM khasnya kepada warga Fakulti Pendidikan. Di dalam RoadShow ini, Pimpinan GMUKM menyampaikan pidato mereka berkenaan dengan Falsafah yang selama ini di imani oleh GMUKM iaitu 1) Falsafah Universiti 2) Kebajikan Seluruh Mahasiswa 3) Keilmuan.

Sudara fikah memegang panji GMUKM yang menerangkan Falsafah Universiti

Ahmad Farhan berpidato kepada warga F.Pendidikan

Adik-adik tahun 1 Fakulti Pendidikan memberi perhatian terhadap pidato yang disampaikan

ENAM MURID DILANGGAR KERETA


ALOR STAR - Enam kanak- kanak sekolah cedera termasuk seorang daripada mereka patah kaki akibat dilanggar sebuah kereta semasa melintas jalan di hadapan sebuah sekolah di Batu 4, Jalan Teluk Kecai, Kuala Kedah di sini semalam.

Kanak-kanak yang patah kaki kanannya itu dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Baki lima lagi murid dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Semasa kejadian pukul 7 pagi itu, keenam-enam mangsa yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kecai di sini sedang menyebe- rangi jalan untuk ke sekolah mereka. Difahamkan, kumpulan kanak-kanak tersebut terus melintas selepas mereka menekan butang lampu isyarat dan lampu isyarat bertukar hijau.

Seorang mangsa, Mohd. Ali Abbas, 9, mendakwa, kereta yang dipandu seorang lelaki menuju ke Alor Star dari Kuala Kedah dikatakan telah melanggar lampu isyarat merah.

"Saya dan kawan-kawan terus melintas apabila melihat isyarat melintas menyala dan kenderaan lain sudah berhenti.

"Tetapi di pertengahan jalan, tiba-tiba sebuah kereta merempuh saya dan kawan- kawan lain sehingga kami terjatuh," ceritanya ketika ditemui di HSB di sini semalam.

Menurut kanak-kanak itu lagi, pemandu kereta tersebut telah memotong kenderaan lain di hadapannya sebelum melanggar kami.

Mohd. Ali berkata, dia dan rakan-rakan kemudiannya telah dibawa ke hospital oleh guru sekolah.

"Saya ditahan di wad kerana patah kaki di bahagian buku lali kanan.

"Kawan-kawan saya yang lain cuma cedera ringan dan dibenarkan pulang oleh doktor," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik.

Ibu kepada Mohd. Ali, Rokiah Bibi Abdul Rashid, 47, berkata, kejadian tersebut amat memeranjatkan dan berharap pihak sekolah dapat menyediakan warden trafik di tempat kejadian (KOSMO)

Ahad, 14 September 2008

Sungguh sedih mendengar luahan seorang sahabat yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya kira-kira 4 bulan yang lalu. Mangsa yang bernama Rahimi Yusuf, seorang pelajar fakulti Pengajian Islam UKM terpaksa melalui detik kesangsaraan ketika Koma hampir 20 hari. Munurutnya ketika kemalangan berlaku beliau tidak menyedari apa yang berlaku terhadapnya. ketika beliau sedar beliau langsung tidak mengenali sesiapapun sehinggakan TV, Talifon Bimbit pun beliau tidak mengenali. Ditanya adakah di masih ingatkan rakan-rakan yang lain, beliau berkata ada yang dia ingat dan ada yang dia lupa.

Alhamdulillah, kini beliau mampu lagi berjalan dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, beliau masih lagi tidak sekuat dahulu bahkan otak serta matanya masih lagi sakit dan perlukan rawatan. ketika saya dan sekumpulan pelajar fakulti pengajian Islam menziarahinya, beliau kelihatan amat gembira dan seronok sekali. Semasa kami hendak pulang ke UKM, Beliau seringkali berpesan kepada kami supaya berhati-hati ketika memandu.

Bagi pihak MPP GMUKM kami sentiasa mendoakan kesihatan saudara rahimi. Mudah-mudahan beliau sentiasa tabah di dalam menghadapi ujian Ilahi ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin menasihati seluruh warga UKM agar berhati-hati ketika memandu apatahlagi ketika musim perayaan ini. akhir sekali, sama-samalah kita mendoakan kesihatan saudara Rahimi agar beliau sentiasa redho dan mampu lagi untuk meneruskan pengajiannya yang masih tertangguh di UKM.

Saudara Rahimi kelihatan gembira ketika Kami Membawanya Makan Bersama di Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka

Bergambar di Rumah Rahimi


Ketika Berada di Medan Ikan Bakar Umbai

;;