Selasa, 10 Mac 2009

WAHDAH PEMANKIN KHAIRA UMMAH

GAMBAR PILIHAN ''SAMBUTAN MAULIDURASUL'












Isnin, 9 Mac 2009

HUKUMAN ROTAN DIAKTFKAN KEMBALI



Dahulunya di dalam hasil penulisan saya berkenaan dengan masalah disilin pelajar, saya ada menyatakan bahawa masalah pengharaman rotan ke atas para pelajar turut mendorong kepada berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar. Hal ini kerana jika tidak dikuatkuasakan hukuman rotan ini, pelajar akan menjadi semakin liar sehingga mereka akan berasa berani untuk melakukan pelbagai masalah disiplin di dalam sekolah.


Mungkin sesetengah orang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini, namun saya tetap berpegang kepada pendapat ini. Di dalam Islam pun ibu bapa disarankan agar merotan anak-anak yang degil @ enggan menunaikan solat. Justeru amalan yang telah diajarkan oleh agama Islam wajar diikuti untuk kemaslahan manusia. Lantas ia perlu dipraktikkan oleh guru-guru untuk membendung masalah disiplin pelajar. Setelah saya membaca akhbar kosmo bertarikh 09/03/2009, saya mendapati bahawa di dalam laporan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaktifkan kembali hukuman rotan bagi membendung masalah disiplin pelajar yang semakin serius. Berikut merupakan laporan itu :


PASIR PUTEH - Masalah disiplin pelajar sekolah menuntut Kementerian Pelajaran mengaktifkan kembali hukuman rotan sebagai tindak balas yang rasional untuk penyelesaian jangka pendek.

Meskipun tindakan itu mendapat tentangan banyak pihak sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pula berpendapat, ia wajar bagi menunjukkan peraturan sekolah bukan sesuatu yang boleh diperkotak-katikkan.

Untuk itu katanya, pengetua dan guru besar sekolah akan diberi tanggungjawab melaksanakan hukuman tersebut selepas siasatan masalah disiplin selesai.

"Peraturan sekolah bukan sesuatu yang boleh dicabar walaupun di mahkamah, kita ada hak menguatkuasakan apa sahaja yang perlu mengikut pertimbangan yang sewajarnya,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut di sini semalam.

Lawatan itu susulan daripada kes pelajar tingkatan tiga, Mohd. Amirul Mohd. Affandi, 14, cedera dilibas dengan lawi ayam oleh sekumpulan pelajar senior kelmarin.
Menurutnya, pengurusan disiplin sekolah akan dipertingkatkan dengan tanggungjawab guru disiplin dipikul oleh semua guru.

Sementara itu, dalam kes di SMK Tok Janggut, Alimuddin memberitahu, seorang pelajar yang menikam mangsa telah dibuang sekolah manakala tiga rakannya dihukum gantung sekolah antara seminggu hingga dua minggu.

;;