Jumaat, 8 Ogos 2008

SELAMAT MENYAMBUT KONVOKESYEN KE 36


Pesta Konvokesyen ke 36 telah pun selamat dirakmikan pada 6 Ogos 2008 oleh Censelor UKM iaitu DYMM Tunku Yang Di-Pertua Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tungku Abdul Rahman. Sedikit kekecewaan terukir apabila majlis perasmian pesta konvokesyen yang bertemakan Mengkasa Integriti Menjana Wawasan ternyata gagal menarik minat mahasiswa/I untuk hadir ke Dewan Gemilang untuk memeriahkan majlis tersebut. Paling mengecewakan Sekretariat Pesta Konvo ternyata lebih ramai daripada para hadirin pada malam tersebut. Dimanakah Mahasiswa/I ketika ini? Bukan setakat itu sahaja, malahan pimpinan-pimpinan Pelajar seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF), Pimpinan Anak Negeri dan lainnya juga tidak ramai yang menghadirkan diri ke perasmian tersebut.

Disini menjadi kekeliruan bagi saya mengapakah hal ini terjadi? Mengapakan mahasiswa kurang berminat dengan perasmian ini? Adakah maklumat tentang program ini tidak diketahui atau kurang dihebahkan? Adakah mahasiswa/I berasa jemu kerana program-program ini acapkali dilakukan setelah PMUKM bertukar tampuk pemerintahan sehinggakan ianya dijadikan program wajib setiap tahun untuk dilaksanakan? Justeru, Saya tinggalkan persoalan ini untuk dijawab dan difikir oleh seluruh mahasiswa/I UKM.

Walaupun begitu, dikesempatan yang seketika ini, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan mengucapkan Selamat Menyambut Konvokesyen yang ke 36 kepada seluruh mahasiswa/I yang akan menerima segulung ijazah hasil penat lelah dan kesungguhan dalam menimba Ilmu di UKM terutamanya kepada abang-abang dan akak-akak dari Fakulti Pendidikan. Akhir kata, Tahniah dan Syabas Saya ucapkan di atas kejayaan anda untuk mengengam segulung ijazah yang begitu bermakna bagi kita semua. Semoga kejayaan ini terus menjadi pendorang bagi anda untuk terus maju ke bidang pekerjaan yang lebih mencabar. Ingatlah bahawa tugas kita sebagai pendakwah dan pejuang kebenaran tidak akan terhenti di sini sahaja sebaliknya ianya akan terus diperjuangkan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Wasalam

Rabu, 6 Ogos 2008


Dewasa ini, dengan kepesatan teknologi yang semakin canggih, manusia sering mengejar kemewahan hidup sehingga manusia sering mengabaikan tuntutan mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Mereka lebih mengejar kemewahan duniawi yang bersifat sementara berbanding kemewahan akirat yang dijanjikan oleh Allah melalui wahyu kepada Nabinya iaitu Muhammad S.A.W. Akibatnya ibadah kepada Allah dilupai, aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan tidak dipeduli. Bukan itu sahaja, malahan rumahtangga tidak terurus dengan baik, anak-anak terbiar dengan sewenang-wenangnya sehingga mereka menjadi liar. Tahap disiplin mereka semakin parah. Maka wujudlah anak-anak yang lupa kapada tanggungjawabnya kepada Allah, lupa kepada agama, lupa kepada bangsa dan Negara.

Dalam persoalan ini siapakah yang perlu disalahkan? Adakan Ibu Bapa yang bersalah? Adakah sekolah yang perlu bertanggungjawab? Atau ianya menjadi kesalah anak-anak itu sendiri. Dalam hal ini penulis sebagai seorang Mahasiswa berpendapat bahawa perkara ini berlaku kerana pelbagai elemen-elemen dipersekitarnnya. Pertamanya adalah berpunca daripada factor pengabaian Pendidikan Agama. Pendidadikan Agama dibelakangkan sehingga terlalu mengagung-agungkan pendidikan Barat. Ibu Bapa berasa malu menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Agama bahkan ada yang berpendapat bahawa belajar agama tiada peluang untuk anak mereka menceburi bidang-bidang utama seperti Ahli politik, Doktor, Kontraktor, Pensyarah, Peguam dan sebagainya.

Selain itu, wujudnya program-program reality TV yang bertentangan dengan imej Islam seperti Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Gengstar, Sifu, dan sebagainya. Program-program ini jelah meruntukkan moral dan akhlak manusia. Hasilnya para pelajar menjadikan artis-artis sebagai idola mereka dan sanggup meniru personaliti artis dengan mewarna rambut, berpakaian yang mendedahkan aurat, dan pelbagai lagi perkara yang tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. Media tidak bertindak sebagai agen untuk merubah remaja sebaliknya kelihatan semakin menyesatkan remaja dengan hiburan, filem-filem tempatan dan asing yang tidak sesuai untuk peringkat umur remaja. Media juga menjadi agen politik sesuatu Parti sehingga lupa akan tanggungjawab untuk bertindak sebagai agen perubahan masyarakat.

Apabila isu disiplin murid semakin serius, banyak pihak yang sering memberi pendapat bahawa rotan adalah ubatnya, bahkan ada pula yang berpendapat sebaliknya. Bagi penulis, rotan adalah sesuai dilaksanakan di sekolah. Punca pelajar menjadi liar adalah kerana keterbatasan peranan guru dalam mendidik pelajar. Guru tidak lagi berkuasa merotan pelajar sehingga pelajar menjadi berani, malahan ada pelajar yang berani memukul guru dan sebagainya. Apabila guru merotan pelajar, ibu Bapa mempertikaikan tindakan tersebut dan Ibu Bapa sanggup membawa kes ini ke mahkamah untuk mendakwa guru. Ini menyebabkan guru lebih banyak berdiam diri atau tidak mahu masuk campur jika ada kes perlanggaran disiplin di kalangan murid atau pelajar kerana ia akan menyusahkan diri sendiri

Maka di sinilah hilangnya kehormatan pelajar kepada guru. Pelajar tidak lagi menghormati guru, berani melakukan perkara-perkara yang melanggari disiplin sekolah kerana mereka mendapat pembelaan dari Ibu Bapa. Pepatah melayu ada mengatakan “sayangkan anak, tangan-tangankan” sudah dilupai. Anak-anak dimanja dan dituruti segala kemahuannya. Maka di sinilah berlakunya salah laku pelajar. Buktinya dalam akhbar Harian Metro 06 Ogos 2008 melaporkan bahawa terdapat 15 pelajar membelasah seorang rakan seasrama di Melaka pertengahan bulan lalu sehingga menyebabkan pelajar itu kini terpaksa menjalani terapi akibat kecederaan pada pinggul dan tulang belakang menjelaskan betapa masalah disiplin pelajar tidak pernah kendur

Kita yakin, jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti mereka akan berdisiplin di sekolah atau di luar rumah. Jika anak tidak berdisiplin, jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri kerana gagal mendidik mereka. Bagi sekolah pula, hak merotan perlu diberikan kepada semua guru bagi memastikan disiplin sekolah kembali terpelihara. Kaedah merotan perlu dipatuhi guru bagi mengelak kecederaan murid atau pelajar. Akhir sekali Semoga Masalah Disiplin Pelajar Terus Terpeliha

;;