Rabu, 27 Ogos 2008

ANWAR MENANG DI PERMATANG PAUH


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen selepas 10 tahun setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam. Beliau yang meraih 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi dengan majoriti 15,671 undi.

Kemenangan Anwar sudahpun dijanka namun undi yang diperoleh beliau lebih meningkat berbanding yang diraih oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 13,398 undi.

Seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat, 61, pula hilang wang deposit RM10,000 apabila hanya meraih 92 undi. Keputusan diumumkan Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di Institut Penguruan Tuanku Bainun pukul 10 malam. Turut berada bersama Anwar, isteri beliau Wan Azizah, anak mereka Nurul Izzah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta beberapa Ahli Parlimen dari PKR dan DAP.

Sementara itu, Anwar yang bersyukur dengan kemenangan itu berharap semua pihak menerima keputusan tersebut dengan baik. Katanya, menerusi kemenangan ini beliau akan meneruskan agenda yang dijanjikan kepada rakyat. Dalam pada itu, Arif Shah memberitahu, beliau akan terus memberi khidmat bakti seperti biasa kepada masyarakat di kawasan tersebut.

"Saya tidak rasa apa-apa. Sebenarnya saya dipilih oleh parti untuk bertanding sebagai calon BN. Kalah dan menang terletak di tangan pengundi," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seberang Jaya di sini.

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT

Kematangan berfikir rakyat Malaysia yang akhir-akhir ini menyumbang kepada kemengan pakatan rakyat dalam pilihan raya ini. Saya merasakan Rakyat Malaysia bukanlah ibarat kambing-kambing yang mudah diperbodohkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Zaman ini bukannlah zaman kuno yang sukar diubah pemikiran masyarakatnya. Dengan adanya kemudahan Internet, akhbar-akhbar perdana, media massa, rakyat mudah menrima info dan isu-isu terkini untuk diimplimintasikan dalam kehidupan mereka.

Kesan kenaikkan taraf hidup ditambah pula dengan kenaikkan harga barang, harga minyak dan harga makanan menyumbang kepada kemengangan pakatan rakyat. Hal ini kerana rakyat merasakan kerajaan yang ada kini gagal untuk menjaga kepentingan rakyat. Rakyat menderita dan terbeban dengan kenaikkan harga minyak yang terlalu tinggi sedangkan dalam pada masa yang sama, Malaysia adalah Negara pengeluar minyak dan Petronas mengalami keuntungan setiap tahun. Manifesto Pakatan Rakyat yang jelas ingin menjaga kebajikan rakyat nyata berjaya menarik undi rakyat untuk menyokong mereka ditambah pula dengan hujjah Anwar yang releven dan meyakinkan di dalam Debat antara beliau dengan Sabry Chik yang ditayangkan di siaran TV9.

Media yang menjadi alat sesuatu parti politik di Negara ini bertindak secaras melulu dengan memaparkan segala keburukkan yang ditimbulkan oleh pakatan rakyat sedangkan keburukkan pihak lain tidak ditunjukkan. Perkara inilah yang menyebabkan rakyat merasa muak dengan berita-berita yang dilemparkan oleh media masa kini. Apa tidaknya, kes liwat yang melibatkan Anwar dan saiful bukhori, kes-kes keganasan penyokong PKR, kes rasuah 2 exco PKR Perak dan banyak lagi yang dipaparkan dan digembar gemburkan di saat pilihan raya akan berlansung. Media seolah-olah menyebelahi mencari kesalahan orang dan bertindak hanya di sebelah pihak sahaja. Berita-berita yang diteria tidak menyeluruh. Yang menyeluruh hanyalah keburukan-keburukan Pakatan Rakyat yang memerintah di lima buah Negeri. Perkara inilah yang menyebabkan rakyat semakin mual dengan info-info yang diterima sehingga ada yang berkata “keputusan nombor ekor sahaja yang yang betul, berita yang lain, hanyalah tipu”

;;