Jumaat, 17 Oktober 2008
Sebentar tadi saya ada terbaca akhbar harian metro yang memuatkan berita mengenai seorang pelajar di kangar yang sanggup menendang gurunya berkali-kali. Gurunya iaitu Azahana Ibrahim 27, seorang guru fizik ditendang oleh seorang pelajar perempuan tingkatan dua hanya kerana beliau menegur pelajar tersebut lewat menghantar tugasan yang diamanahkan.
Menurut laporan akhbar metro, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di dalam kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya. Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa.
Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan. “Saya bertanya kepada pelajar itu siapa yang menulis perkataan berkenaan dan dia mengaku menulisnya lalu saya memarahinya. Bagaimanapun, dia melawan dan
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tey Meng Seng berkata “tiada kompromi” setelah mengulas perbuatan melampau seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis, yang sanggup menendang gurunya berkali-kali. Menurutnya lagi, kesalahan itu sangat berat dan pelajar terbabit perlu dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan pelajar lain supaya kejadian menggemparkan seperti itu tidak berulang.
“Kejadian ini boleh diibaratkan seolah-olah seorang anak memukul ibunya dan tidak boleh di pandang ringan. Sepatutnya pelajar berkenaan mencari jalan lain dengan berbincang sekiranya tidak puas hati, bukannya mengambil tindakan sedemikian.
Apabila saya membaca artikal ini, teringat saya di zaman persekolahan dahulu yang mana saya dan rakan-rakan juga merupakan seorang pelajar yang agak nakal di sekolah. Maklumlah, remaja. Namun, di dalam kenakalan itu, saya serta rakan-rakan yang lain tidak sesekali akan melawan guru, apatahlagi mencederakan mereka. Guru pada ketika itu mempunyai peranan yang besar dan dihormati serta ditakuti oleh pelajar. Apabila pelajar melakukan kesilapan, guru merotan mereka, guru menegur serta membetulkan kesalahan pelajar. Kerana inilah faktor penyebab kepada kejayaan pelajar di zaman tersebut.
Tapi di zaman kini, zaman yang dikatakan dunia tanpa sempadan, apabila guru menegur, palajar langsung tidak menghormati guru bahkan sanggup memukul guru. Sebahagian daripada pelajar di zaman kini, agak tidak beradap dan kurang menghormati guru. Kerana itulah disiplin pelajar semakin parah dan berada di tahap yang membimbangkan. Dahulunya, pelajar takut kepada guru, tetapi kini, guru pula yang takut kepada pelajar. Apa tidaknya, apabila disentuh (di rotan) ibu bapa sanggup mendakwa guru di mahkamah. jadi guru tidak berani untuk bertindak dan menegur, Inilah punca yang menyebabkan pelajar berani melanggar disiplin sekolah. Saya masih teringat kata ibu saya kepada guru. Ibu saya berkata “ustaz didiklan anak saya, pukullah anak saya jika dia melakukan kesalahan. Saya tidak mahu dia menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara”. Tetapi ibu bapa di zaman kini?????????? Adakah mereka juga bersikap demikian??????? Tepuk dada tanyalah IMAN..
Jadi saya menyerulah kepada pihak-pihak berwajib agak memikirkan satu kaedah penyelesaian yang terbaik kepada krisis sosial yang berlaku di kalangan pelajar ini. Berilah peranan yang lebih luas kepada guru untuk bertindak agar guru boleh mendidik para pelajar menjadi insan yang berguna. Kepada ibu bapa, jangan terlalu memanjakan anak-anak sehingga mereka menjadi rosak. Ikutkan pepatah “sayangkan anak, tangan-tangankan”. Ibu bapa berkerjasamalah dengan guru serta pihak sekolah agar permasalahan ini dapat diselesaikan.
Labels: Mohamad Fadlail Yadain Baharom
0 komentar:
Catat Ulasan