Memaparkan catatan dengan label Mohamad Fadlail Yadain Baharom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mohamad Fadlail Yadain Baharom. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Oktober 2008

PENGKIT PENCEMAR BUDAYA ISLAM


KUALA LUMPUR - Kecenderungan segelintir wanita mengamalkan budaya pengkid, istilah yang menggambarkan penampilan dan kelakuan umpama lelaki mendorong Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan ia sebagai haram.

Namun, pengharaman itu lebih menjurus kepada kelakuan melampau bagi pasangan sejenis memandangkan aspek pakaian bukan lagi satu isu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, ketetapan itu berdasarkan kepada kecenderungan wanita untuk berkelakuan seperti lelaki semasa bergaul dengan pasangan mereka yang juga kaum sejenis.

"Ia bukan sekadar (merangkumi) pakaian sahaja. Etika pakaian dah jelas halal dan haram.

"Tapi yang kita tekankan ialah yang kelakuan menyerupai lelaki dan menjadikan pasangan wanitanya sebagai teman seksual,'' kata beliau ketika dihubungi di Kota Bharu selepas menghadiri muzakarah dua hari Majlis Fatwa Kebangsaan semalam.

Ia reaksi segera beliau terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin semalam mengenai keputusan mengharamkan perbuatan wanita yang cenderung kepada kegiatan seksual sebagai lelaki sedangkan mereka adalah wanita sejati.

Majlis turut membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka. (KOSMO)

Isnin, 20 Oktober 2008

LAGI MASALAH DISIPLIN PELAJAR



KANGAR: Tidak sampai seminggu selepas kejadian seorang pelajar perempuan tingkatan dua menendang guru, sekolah yang sama ’dikunjungi’ pula oleh polis hari ini untuk menahan beberapa pelajarnya bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan sekumpulan pelajar di sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Yusof Mohd Diah berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 11 pagi, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham sesama pelajar terbabit yang kemudiannya merebak kepada pergaduhan.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah pelajar yang terbabit dalam pergaduhan itu, jumlah mereka yang ditahan untuk siasatan dan tidak juga menyatakan sama ada kes itu turut membabitkan pelajar perempuan.

Yusof juga tidak menyatakan sama ada terdapat kecederaan dalam pergaduhan itu dan jenis senjata yang digunakan. Pihak sekolah dilapor telah meminta bantuan polis bagi meleraikan pergaduhan yang berlaku di bahagian belakang bangunan sekolah itu. (H. METRO)

Ahad, 19 Oktober 2008

AKSI PANAS PELAJAR SEKOLAH

Apa sudah jadi dengan pelajar Malaysia???

Setelah saya menbaca akhbar Kosmo sebentar tadi, saya sempat terbaca satu artikal berkenaan dengan Aksi panas pelajar sekolah yang sangup merakamkan klip video berunsurkan lucah dan tersebar luas. Pada pendapat saya, Perkara ini menjadi cerminan bahawa akhlak dan pekerti para pelajar di Malysia semakin hari semakin serius dan berada ditahap yang sangat membimbangkan. Inilah generasi yang akan menjadi pemimpin kelak dan pewaris kepada negara. Maka ianya sudah dapat membayangkan kepada kita bahawa jka masalah ini berlarutan, maka pemimpin yang akan datang senakin parah akhlak dan sikapnya. Di dalam persoalan ini, siapakah yang perlu dipersalahkan??? adakah Pihak Kerajaan? Ibu Bapa? Pihak sekolah? atau masyarakat setempat??

Didalam merungkaikan perkara ini, saya ingin mengemukakan beberapa idea yang boleh dijadikan sebab mengapa berlakunya permasalahan ini. antaranya ialah, peranan media hari ini yang langsung tidak berperanan sebagai alat untuk mendidik generasi muda ke arah mentaati Allah. Apa tidaknya, kewujudan program-program TV yang berunsurkan seks, keganasan, kebebasan beragama, rempit, dan banyak lagi. Semuanya ini adalah penyebab mengapa remaja sering terpengaruh dengan buadya yang kurang sihat ini. sebagai contoh, iklan-iklan yang disiarkan di dalam TV, kebanyakkannya berunsur hiburan yang melalaikan, sehinggakan iklan "mee segera" pun terdapat unsur-unsur nyayian, tarian dan sebagainya. sepatutnya, apabila iklan yang ,melibatkan makanan, perlulah di buat berdasarkan nilai-nilai keislaman seperti membaca doa sebelum makan, makan secara duduk dan sebagainya. jangan hanya memikirkan keuntungan, tetapi pikirlah masa depan remaja terhadap apa yang kita kerjakan.

Selain itu, peranan guru yang terbatas juga boleh menyebabkan perkara ini senantiasa berlaku. guru pada hari ini hanya berperanan untuk mengajar tetapi bukan mendidik paar pelajar. mengajar bermaksud guru mengajar subjek-subjek seperti biasa manakala mendidik bermaksud guru menyampaikan ilmu di samping membetulkan kesalahan pelajar dengan teguran sehingga pelajar itu menjadi pelajar yang baik. Pada hari ini, guru tidak berani untuk menegur para pelajar apatah lagi merotan pelajar jika mereka melakukan kesalahan. apa tidaknya, jika merotan, di dakwa di mahkamah, jika menegur, pelajar menendang guru. Akibatnya guru hanya mengajar untuk memahamkan pelajar sahaja tetapi di dalam aspek "Muaddib" (orang yang membetulkan dan meyemai adab-adab yang mulia) tidak ditekankan kerana wujud pelbagai sekatan dan perasan takut untuk membetulkan pelajar.

Kemudan internet yang disalahgunakan pada hari ini juga menyumbang kepada permasalahan ini. Hal ini kerana, setiap individu senang dan mudah melayari apa sahaja yang mereka mahu dan apa saja yang mereka fikirkan. Terdapat pelbagai dan ratusan wab-web lucah yang mudah untuk dilayari tanpa memerlukan banyak wang dan masa. Pelajar hari ini mudah terdedah kepada kemudahan internet ini. Mereka hari ini tidak seperti pelajar masa dahulu yang agak kekok dengan penggunaan ICT. Pelajar hari ini, mahir dan arif tentang selok belok ICT, dan perkomputeran. maka tidak hairanlah, dengan senang sahaja Filem-filem lucah inidi download untuk tatapan mereka bahkan ada di kalngan mereka yang menyimpan filem-filem ini di dalam talifon bimbit masing-masing. akibat terpengaruh dengan aksi-aksi lucah dariapada internet, para pelajar akan meniru apa sahaja aksi-aksi yang telah mereka tontoni tersebut. Jadi kemudahan internet yang di salajgunakan juga menjadi punca kepada timbulnya gelaja ini.



Jumaat, 17 Oktober 2008

PELAJAR TENDANG GURU

Sebentar tadi saya ada terbaca akhbar harian metro yang memuatkan berita mengenai seorang pelajar di kangar yang sanggup menendang gurunya berkali-kali. Gurunya iaitu Azahana Ibrahim 27, seorang guru fizik ditendang oleh seorang pelajar perempuan tingkatan dua hanya kerana beliau menegur pelajar tersebut lewat menghantar tugasan yang diamanahkan.

Menurut laporan akhbar metro, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di dalam kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya. Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa.

Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan. “Saya bertanya kepada pelajar itu siapa yang menulis perkataan berkenaan dan dia mengaku menulisnya lalu saya memarahinya. Bagaimanapun, dia melawan dan cuba merampas folio itu. “Berikutan itu, berlaku tarik menarik dan dia menolak saya menyebabkan saya membalas tolakannya. Dengan ditemani seorang rakan sekelas, pelajar itu terus menendang perut saya berulang kali.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tey Meng Seng berkata “tiada kompromi” setelah mengulas perbuatan melampau seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis, yang sanggup menendang gurunya berkali-kali. Menurutnya lagi, kesalahan itu sangat berat dan pelajar terbabit perlu dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan pelajar lain supaya kejadian menggemparkan seperti itu tidak berulang.

“Kejadian ini boleh diibaratkan seolah-olah seorang anak memukul ibunya dan tidak boleh di pandang ringan. Sepatutnya pelajar berkenaan mencari jalan lain dengan berbincang sekiranya tidak puas hati, bukannya mengambil tindakan sedemikian.

Apabila saya membaca artikal ini, teringat saya di zaman persekolahan dahulu yang mana saya dan rakan-rakan juga merupakan seorang pelajar yang agak nakal di sekolah. Maklumlah, remaja. Namun, di dalam kenakalan itu, saya serta rakan-rakan yang lain tidak sesekali akan melawan guru, apatahlagi mencederakan mereka. Guru pada ketika itu mempunyai peranan yang besar dan dihormati serta ditakuti oleh pelajar. Apabila pelajar melakukan kesilapan, guru merotan mereka, guru menegur serta membetulkan kesalahan pelajar. Kerana inilah faktor penyebab kepada kejayaan pelajar di zaman tersebut.

Tapi di zaman kini, zaman yang dikatakan dunia tanpa sempadan, apabila guru menegur, palajar langsung tidak menghormati guru bahkan sanggup memukul guru. Sebahagian daripada pelajar di zaman kini, agak tidak beradap dan kurang menghormati guru. Kerana itulah disiplin pelajar semakin parah dan berada di tahap yang membimbangkan. Dahulunya, pelajar takut kepada guru, tetapi kini, guru pula yang takut kepada pelajar. Apa tidaknya, apabila disentuh (di rotan) ibu bapa sanggup mendakwa guru di mahkamah. jadi guru tidak berani untuk bertindak dan menegur, Inilah punca yang menyebabkan pelajar berani melanggar disiplin sekolah. Saya masih teringat kata ibu saya kepada guru. Ibu saya berkata “ustaz didiklan anak saya, pukullah anak saya jika dia melakukan kesalahan. Saya tidak mahu dia menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara”. Tetapi ibu bapa di zaman kini?????????? Adakah mereka juga bersikap demikian??????? Tepuk dada tanyalah IMAN..

Jadi saya menyerulah kepada pihak-pihak berwajib agak memikirkan satu kaedah penyelesaian yang terbaik kepada krisis sosial yang berlaku di kalangan pelajar ini. Berilah peranan yang lebih luas kepada guru untuk bertindak agar guru boleh mendidik para pelajar menjadi insan yang berguna. Kepada ibu bapa, jangan terlalu memanjakan anak-anak sehingga mereka menjadi rosak. Ikutkan pepatah “sayangkan anak, tangan-tangankan”. Ibu bapa berkerjasamalah dengan guru serta pihak sekolah agar permasalahan ini dapat diselesaikan.

Selasa, 7 Oktober 2008

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Ruj. Kami : MPPFPend / UKM / 08 / 4

Tarikh : 28 JULAI 2008

Tuan Haji Mohd. Abd. Rashid Mohd Fadzil

Bendahari UKM,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SEMAKAN SEMULA YURAN PELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili suara mahasiswa/i UKM ingin memohon agar pihak tuan membuat penyemakan semula terhadap yuran pelajar seperti berikut :

2.1. Yuran Elektrik RM25 setiap pelajar

2.2. Yuran Khas Alumni RM50 setiap pelajar

2.3. Kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej dari RM80 kepada RM100

2.4. Jumlah yuran bagi setiap kolej di UKM yang berbeza-beza

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan :

3.1. Menjelaskan kemunasabahan penetapan Yuran Elektrik, Yuran Khas Alumni dan kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej.

3.2. Menjelaskan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap mahasiswa/i daripada penetapan Yuran Khas Alumni dan Yuran Khas Aktiviti Kolej.

3.3. Menjelaskan perbezaan yuran bagi kolej-kolej di bawah pentadbiran UKM.

4. Justeru, sekiranya penetapan dan kenaikannya tidak munasabah, pihak kami menggesa agar yuran tersebut dihapuskan dan dikembalikan kepada mahasiswa/i. Segala pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak tuan terhadap perkara ini bagi mengurangkan bebanan ekonomi mahasiswa/i amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MENGILHAMKAN HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN”

Yang menjalankan tugas,

………………………………………….

Majlis Perwakilan Pelajar,

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

s.k. - Fail MPP Fakulti Pendidikan UKM

Naib Canselor UKM

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej-kolej UKM

KEBAJIKAN MAHASISWA/I DIUTAMAKAN


PERUTUSAN AHLI MPP

FAKULTI PENDIDIKAN SESI 2007/08

AHMAD FARHAN JUSOH &

MOHAMAD FADLAIL YADAIN BAHAROM


Assalamualaikum w.b.k. dan Salam Mahasiswa


Saudara/i,

MPP FPend sesi 2007/08 tidak diberi sebarang jawatan Exco ataupun Timbalan Exco dalam kabinet Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2007/08. Walaubagaimanapun, MPP FPend tetap berusaha menjalankan amanah dan tanggungjawab mengikut ruang yang ada khususnya dalam memperjuangkan keadilan dan kebajikan mahasiswa/i.

1. Surat Memohon Elaun kepada Mahasiswa/i Praktikum

MPP FPend telah menghantar surat kepada PTPTN pada 24 Mac 2008 untuk memohon elaun praktikum kepada mahasiswa/i Tahun Tiga Fakulti Pendidikan UKM biayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional yang terlibat dengan praktikum. Rasionalnya ialah mahasiswa/i tersebut terpaksa menanggung sendiri kos sara hidup semasa praktikum di sekolah-sekolah yang ditetapkan selama lapan minggu bermula 12 Mei 2008 hingga 14 julai 2008. Tambahan pula, tidak semua mahasiswa/i tersebut mendapat elaun daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun, pihak PTPTN telah menghantar surat dukacita pada 9 April 2008.

2. Surat Semakan Semula Yuran Pelajar

MPP FPend telah menghantar surat kepada Bendahari UKM pada 28 Julai 2008 memohon agar membuat penyemakan semula terhadap beberapa yuran pelajar seperti berikut; Yuran Elektrik RM25 setiap pelajar, Yuran Khas Alumni RM50 setiap pelajar, kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej dari RM80 kepada RM100, Jumlah yuran bagi setiap kolej di UKM yang berbeza-beza.

Sehubungan dengan itu, MPP FPend memohon agar pihak Bendahari UKM :

1. Menjelaskan kemunasabahan penetapan Yuran Elektrik, Yuran Khas Alumni dan kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej.

2. Menjelaskan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap mahasiswa/i daripada penetapan Yuran Khas Alumni dan Yuran Khas Aktiviti Kolej.

3. Menjelaskan perbezaan yuran bagi kolej-kolej di bawah pentadbiran UKM

Sekiranya penetapan dan kenaikannya tidak munasabah, MPP FPend menggesa agar yuran tersebut dihapuskan dan dikembalikan kepada mahasiswa/i bagi mengurangkan bebanan ekonomi mahasiswa/i.

3. Kad Selamat Berpesatuan

Dalam tempoh Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) 21 hingga 25 Julai 2008, MPP FPend telah menghantar Kad Selamat Berpesatuan kepada Presiden-presiden atau Yang Di Pertua-Yang Di Pertua Persatuan, Kelab dan JAKSA. Antara perkara yang dikemukakan dalam kad tersebut ialah seruan untuk memperjuangkan falsafah UKM, kebajikan mahasiswa/i dan nilai keintelektualan dalam penganjuran program-program dan aktiviti berpesatuan.

4. Petisyen Membantah Kewujudan Kelab Aspirasi di Kolej Kediaman

Bagi menegakkan keadilan kepada semua kelompok mahasiswa/i, MPP FPend bersama MPP FPI telah menghantar Petisyen Membantah Kewujudan Kelab Aspirasi di Kolej Kediaman kepada Pejabat Naib Canselor pada 22 Ogos 2008. Rasionalnya ialah Kelab Aspirasi telah mengzahirkan kelab mereka terlibat secara lansung dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sedangkan ia bersalahan dengan perenggan 66.3 peraturan 66 Buku Panduan Calon PRK 2007 yang menyatakan bahawa calon-calon tidak dibenarkan bertanding secara kumpulan. Dalam masa yang sama, kelompok bukan Kelab Aspirasi tidak boleh mengzahirkan kumpulan mereka. Bukan tujuan MPP FPend untuk bermusuh dengan mana-mana individu atau kelompok, namun menjadi tanggungjawab MPP FPend menyampaikan suara-suara hati kecil mahasiswa/i UKM khususnya yang tinggal di kolej.

5. Memorandum PRK Adil & Berdemokrasi

Kebajikan mahasiswa/i bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga kebajikan emosi. Bagi memberi ruang kepada mahasiswa/i memilih kepimpinan mahasiswa/i yang berkualiti tanpa ada unsur ugutan, paksaan dan ketakutan di samping menambahbaikkan lagi sistem perjalanan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP FPend bersama MPP FPI telah menghantar Memorandum PRK Adil dan Berdemokrasi kepada Pejabat Naib Canselor pada 15 September 2008. Sebanyak sembilan tuntutan dikemukakan iaitu :

1. Tempat pengundian ditukar ke Fakulti dan bukan lagi di Kolej Kediaman

2. Menukarkan sistem Peti Undi mengikut tahun kepada sistem Peti Undi semua tahun

3. Tarikh Pilihanraya Kampus ditukar daripada Semester I kepada Semester II

4. Mewujudkan satu jawatankuasa pemantau pilihanraya yang benar-benar telus

5. Mewujudkan kembali Malam Manifesto Calon

6. Menghapuskan nombor siri pada kertas undi

7. Pengumuman keputusan pengiraan undi hendaklah dijalankan mengikut undang-undang

8. Larangan Kelab Aspirasi untuk terlibat secara langsung dalam Pilihanraya Kampus

9. Wakil Calon hendaklah terdiri daripada pelajar Fakulti sama dengan Calon sahaja dan bukannya mengikut persamaan kolej

6. Surat Aduan : Buku Panduan Fakulti & Keputusan Praktikum

MPP FPend telah mengemukakan Surat Aduan kepada Timbalan Dekan (Pra-Siswazah) Fakulti Pendidikan dan Dekan Fakulti Pendidikan pada 18 September 2008 agar mempercepatkan pengagihan Buku Panduan Fakulti Pendidikan kepada mahasiswa/i tahun satu dan menyegerakan pengeluaran keputusan praktikum mahasiswa/i tahun empat rentetan aduan daripada mahasiswa/i berkenaan.

7. Menguruskan Urusan Mahasiswa/i Pengajian Tiga Tahun Setengah

Seramai 35 orang mahasiswa/i Fakulti Pendidikan kemasukan 2005/2009 akan menamatkan pengajian selama 3 tahun setengah. 30 orang daripada Pendidikan al-Quran dan Pendidikan Islam, empat orang daripada Pendidikan Sains dan seorang daripada Pendidikan Khas. Pada peringkat awal, MPP FPend mengambil inisiatif membantu mereka untuk mendapatkan kurusus-kursus yang perlu dilengkapkan sebelum tamat pengajian. Kemudian, MPP FPend bersama rakan-rakan dengan bantuan pentadbiran fakulti menguruskan urusan penempatan mahasiswa/i tersebut dengan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Harapan Baru Mahasiswa”

Isnin, 15 September 2008

Fakulti Pendidikan- Kira-kira tepat jam 10pagi, pimpinan daripada GMUKM bertandang ke fakulti Pendidikan UKM dalam satu RoadShow memperkenalkan GMUKM kepada warga Kampus UKM khasnya kepada warga Fakulti Pendidikan. Di dalam RoadShow ini, Pimpinan GMUKM menyampaikan pidato mereka berkenaan dengan Falsafah yang selama ini di imani oleh GMUKM iaitu 1) Falsafah Universiti 2) Kebajikan Seluruh Mahasiswa 3) Keilmuan.

Sudara fikah memegang panji GMUKM yang menerangkan Falsafah Universiti

Ahmad Farhan berpidato kepada warga F.Pendidikan

Adik-adik tahun 1 Fakulti Pendidikan memberi perhatian terhadap pidato yang disampaikan

ENAM MURID DILANGGAR KERETA


ALOR STAR - Enam kanak- kanak sekolah cedera termasuk seorang daripada mereka patah kaki akibat dilanggar sebuah kereta semasa melintas jalan di hadapan sebuah sekolah di Batu 4, Jalan Teluk Kecai, Kuala Kedah di sini semalam.

Kanak-kanak yang patah kaki kanannya itu dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Baki lima lagi murid dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Semasa kejadian pukul 7 pagi itu, keenam-enam mangsa yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kecai di sini sedang menyebe- rangi jalan untuk ke sekolah mereka. Difahamkan, kumpulan kanak-kanak tersebut terus melintas selepas mereka menekan butang lampu isyarat dan lampu isyarat bertukar hijau.

Seorang mangsa, Mohd. Ali Abbas, 9, mendakwa, kereta yang dipandu seorang lelaki menuju ke Alor Star dari Kuala Kedah dikatakan telah melanggar lampu isyarat merah.

"Saya dan kawan-kawan terus melintas apabila melihat isyarat melintas menyala dan kenderaan lain sudah berhenti.

"Tetapi di pertengahan jalan, tiba-tiba sebuah kereta merempuh saya dan kawan- kawan lain sehingga kami terjatuh," ceritanya ketika ditemui di HSB di sini semalam.

Menurut kanak-kanak itu lagi, pemandu kereta tersebut telah memotong kenderaan lain di hadapannya sebelum melanggar kami.

Mohd. Ali berkata, dia dan rakan-rakan kemudiannya telah dibawa ke hospital oleh guru sekolah.

"Saya ditahan di wad kerana patah kaki di bahagian buku lali kanan.

"Kawan-kawan saya yang lain cuma cedera ringan dan dibenarkan pulang oleh doktor," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik.

Ibu kepada Mohd. Ali, Rokiah Bibi Abdul Rashid, 47, berkata, kejadian tersebut amat memeranjatkan dan berharap pihak sekolah dapat menyediakan warden trafik di tempat kejadian (KOSMO)

Ahad, 14 September 2008

Sungguh sedih mendengar luahan seorang sahabat yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya kira-kira 4 bulan yang lalu. Mangsa yang bernama Rahimi Yusuf, seorang pelajar fakulti Pengajian Islam UKM terpaksa melalui detik kesangsaraan ketika Koma hampir 20 hari. Munurutnya ketika kemalangan berlaku beliau tidak menyedari apa yang berlaku terhadapnya. ketika beliau sedar beliau langsung tidak mengenali sesiapapun sehinggakan TV, Talifon Bimbit pun beliau tidak mengenali. Ditanya adakah di masih ingatkan rakan-rakan yang lain, beliau berkata ada yang dia ingat dan ada yang dia lupa.

Alhamdulillah, kini beliau mampu lagi berjalan dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, beliau masih lagi tidak sekuat dahulu bahkan otak serta matanya masih lagi sakit dan perlukan rawatan. ketika saya dan sekumpulan pelajar fakulti pengajian Islam menziarahinya, beliau kelihatan amat gembira dan seronok sekali. Semasa kami hendak pulang ke UKM, Beliau seringkali berpesan kepada kami supaya berhati-hati ketika memandu.

Bagi pihak MPP GMUKM kami sentiasa mendoakan kesihatan saudara rahimi. Mudah-mudahan beliau sentiasa tabah di dalam menghadapi ujian Ilahi ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin menasihati seluruh warga UKM agar berhati-hati ketika memandu apatahlagi ketika musim perayaan ini. akhir sekali, sama-samalah kita mendoakan kesihatan saudara Rahimi agar beliau sentiasa redho dan mampu lagi untuk meneruskan pengajiannya yang masih tertangguh di UKM.

Saudara Rahimi kelihatan gembira ketika Kami Membawanya Makan Bersama di Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka

Bergambar di Rumah Rahimi


Ketika Berada di Medan Ikan Bakar Umbai

;;