Jumaat, 6 Mac 2009
Dewasa ini kebanjiran warga asing ke negara kita semakin serius diperkatakan. Apatidaknya kehadiran mereka yang mulanya bertujuan untuk mencari rezeki yang halal di negara ini dicemari oleh segelintir daripada mereka yang bertindak menyalahi undang-undang negara. maka berlakulah permasalahan seperti mencuri, ragut, merogol gadis-gadis tempatan dan tidak cukup dengan itu ada yang melakukan pembunuhan di negara ini. Akibatnya, jenayah negara semakin meningkat hari demi hari.
Buktinya jenayah yang membabitkan warga asing terutama warga Indonesia semakin membimbangkan apabila pada 2008, seramai 52 penjenayah warga asing ditembak mati polis. Perkara ini didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung mengenai jumlah penjenayah warga asing yang ditembak mati meningkat sebanyak 90 peratus berbanding tiga kes sahaja pada 2007.
Persolan di sini mengapakah kebanjiran warga asing tidak dipantau secara serius???? Hasil penelitian saya terhadap permasalah ini, saya merasakan bahawa punca meningkatnya jenayah di Negara kita adalah disebabkan oleh kebanjiran warga asing itu sendiri. Berjalan saja lah di Kuala Lumpur, Malaka, Johor dan lain-lain negeri kelihatan warga asing terlalu ramai yang menbanjiri negara kita. Memanglah mereka ingin mencari rezeki tetapi jika mereka terdesak, maka pelbagai perkara boleh berlaku seperti meragut, mencuri dan sebagainya. Selain itu saya pernah melihah kelibat warga asing yang menggangu gadis-gadis tempatan. Tidak mustahil dengan ganguan tersebut lama kelamaan mereka akan merperkosa dan merogol gadis-gadis tersebut. Lihat sahajalah di dada-dada akhbar, sudah ramai gadis-gadis tempatan menjadi bahan lepasan nafsu serakah mereka. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang melarikan gadis-gadis tempatan ke Negara mereka. Perkara inilah yang membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa yang risaukan keadaan anak gadis mereka..
Tidak dinafikan bahawa kebanjiran mereka di Negara ini juga ada kebaikannya. Lihat sahajalah di sektor-sektor pembinaan dan perkilangan. Mereka banyak membantu sektor ini berkembang dengan pesat dan jaya. Namun bagi saya kebaikan itu lebih kecil daripada kemudhoratan yang bakal ditimpa kelak. Justeru, kerajaan perlulah peka dan prihatin dengan permasalan ini agar kedaulatan Negara ini akan terus dikecapi oleh segenap rakyat Malaysia.
0 komentar:
Catat Ulasan