Selasa, 19 Ogos 2008

PELAJAR USM DIPERCAYAI LEMAS

Sebentar tadi penulis membaca akhbar Harian Metro bertarikh 19 ogos 2008. Di dalam akhbar tersebut dikahabarkan bahawa seorang pelajar tahun 4 jurusan sains, Universiti Sains Malaysia dipercayai lemas di pantai kem pengakap Teluk Bahang selepas terjatuh menaiki jet ski bersama tunang dan adik perempuannya.


Menurut akhbar tersebut, usaha mencari oleh unit skuba yang dijalankan dari jam 12 sampai 6.30 petang masih gagl menemui mayat mangsa. Mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor dipercayai berkelah bersama keluarga tunangnya yang juga berasal dari Kajang, Selangor.


Jadi penulis menyeru kepada seluruh mahasiswa agar sama-sama kita berdoa kepada Allah agar mayat mangsa dapat ditemui dalam masa yang terdekat dan sama-sama kita menghadiahkan AL-FATIHAH kepada mangsa. Semoga Allah merahmati mangsa. Wasalam

Jumaat, 15 Ogos 2008

APA SUDAH JADI DENGAN PELAJAR KITA



Amalan beberapa pelajar yang menoreh dagu bukan setakat mahu berlagak menjadi ahli kumpulan samseng Gagak Hitam, malah pada masa yang sama, kegiatan mereka membuli pelajar lain turut dianggap zalim. Walaupun sebelum ini mereka menafikan menindas pelajar lain, hakikatnya geng samseng sekolah itu memang menjadi pembuli dan ditakuti.

Difahamkan kegiatan Gagak Hitam merupakan sebuah kumpulan samseng pelajar yang pernah aktif dua dekad lalu dan berpangkalan di Lembah Klang. Kumpulan itu bertapak pada pertengahan 1980-an dengan gerakan liar dan menyepi seketika sebelum muncul semula pada awal 1990-an. Ketika itu, dagu pelajar yang menjadi ahlinya ditanda dengan menekap syiling yang dibakar atau ditoreh dengan jangka lukis dan ahli perlu bersumpah setia kepada kumpulan. Pelajar terlibat dikatakan berusia awal remaja antara 13 dan 15 tahun dan majoritinya adalah di kalangan pelajar tingkatan 1. Kumpulan itu berperanan sebagai ‘pelindung’ kepada ahlinya dan terlibat dengan kegiatan membawa barang-barang haram seperti ganja dan rokok ke sekolah selain terlibat dengan seks bebas.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di sini, Zaleha (bukan nama sebenar) yang bimbang dengan penularan budaya kumpulan samseng itu. Dakwanya, usaha menghidupkan kumpulan samseng di sekolah sudah dilakuka dan yang membimbangkan usaha ‘merekrut’ pelajar kian nyata termasuk di kawasan luar bandar. Zaleha mendakwa, beliau pernah berjumpa dengan dua pelajar yang mempunyai tanda tersebut di dagu mereka dan kedua-duanya mengakui ia ‘lambang’ mereka.

Perkara yang sama turut didedahkan oleh pelajar di beberapa sekolah di negeri ini yang menjadi mangsa dan sudah tidak tahan terus-menerus diperlakukan seumpama hamba kepada rakan sekolah sendiri. Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hana, 14, mendakwa, dia pernah dipukul ahli Gagak Hitam kerana tidak mampu membeli pen yang dijual mereka. “Pen itu asalnya pen saya. Mereka rampas. Esoknya mereka cari saya dan paksa saya beli dengan harga dua kali ganda pula. “Saya antara pelajar yang kerap jadi mangsa ahli kumpulan itu. Memang mereka zalim dan saya sedih kerana diperlakukan macam ni,’’ katanya yang tidak dapat belajar dengan tenang di sekolah.

Shauki (bukan nama sebenar), 13, berkata, setiap hari dia diugut oleh kumpulan pelajar yang berlagak ahli Gagak Hitam dan dipaksa memberi duit poket kepada mereka. “Paling kurang, mereka minta 20 sen. Saya pun berilah wang sebab memang dah tak ada pilihan lain, lagipun mereka ramai. Saya pernah melawan tapi mereka ancam pukul saya, malah mereka pegang tangan dan seluk poket saya. “Ada juga pelajar yang kena bayar sampai RM1 sehari kepada kumpulan itu dan biasanya mereka ini anak orang berada,’’ katanya kepada Kosmo! semalam.

Jelasnya, ada kira-kira 10 pelajar di sekolahnya yang dikenali sebagai anggota kumpulan Gagak Hitam dan mereka kerap bersama dan melindungi satu sama lain.---Kosmo

Khamis, 14 Ogos 2008

CAJ PTPTN 1%


PUTRAJAYA - Kabinet semalam bersetuju mengurangkan caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus kepada semua pinjaman peringkat pengajian berkuat kuasa Jun lalu.

Sebelum ini caj perkhidmatan PTPTN tersebut dikenakan kepada peminjam peringkat siswazah iaitu tiga peratus manakala bagi pascasiswazah pula adalah lima peratus.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelarasan kadar baru itu dilaksanakan pada Disember ini dan para peminjam akan menerima kontrak pinjaman baru bermula awal tahun depan.

Apa yang menarik, menurutnya, caj baru itu merupakan kadar rata berbeza dengan kadar berkurang yang diperkenalkan sebelum ini.

"Tetapi pada kadar rata ini, sekiranya pelajar gagal membayar pada tempoh tertentu tiada peningkatan pinjaman berlaku mahupun faedah tambahan dikenakan.

"Berita baik itu diputuskan kerajaan selepas mesyuarat Jemaah menteri pada 6 Ogos lalu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurut Mohamed Khaled, enam bulan tempoh diperlukan kerajaan untuk melaksanakan tarikh berkuatkuasanya bagi memboleh satu sistem baru pemprosesan maklumat peminjam diuruskan.

Jelasnya, bagi peminjam yang tidak aktif iaitu jarang atau tidak pernah membuat pembayaran PTPTN tetap menerima kadar baru itu namun mereka bakal dikenakan denda satu peratus.

"Contohnya, jumlah hutang mereka dikira dari tarikh permulaan kontrak bayaran itu sehingga Jun lepas dan ditambah dengan denda satu peratus, kemudian baru kadar baru itu dikenakan," ujarnya.

Beliau juga mengingatkan para peminjam menerima kontrak baru itu nanti supaya menurunkan tandatangannya untuk tujuan pengesahan dan sekiranya gagal mereka akan dikenakan kadar lama. (sumber : KOSMO)

Rabu, 13 Ogos 2008

SELAMAT MENGGUNDI



Tanggal 26 Ogos 2008 bakal menyaksikan arena politik Malaysia akan berubah sekali lagi. Kali ini adalah pertandingan tiga penjuru di antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menbariskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan UMNO yang menampilkan Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Akim menerusi Presidennya, Hanafi Mamat yang akan bertanding bagi merebut Kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang setelah Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan. Malaysia sebagai Negara yang mengamalkan demokrasi seharusnya lebih meletakkan keadilan dalam berpolitik. Dalam perkara ini Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab memastikan ketelusan dalam melaksakan demokrasi di Malaysia. Kita sebagai rakyat sudah jemu dengan isu penggundi hantu, isu undi pos, isu kecurian dakwat hitam, kiraan undi yang salah dan sebagainya yang boleh menjejaskan persepsi buruk masyarakat dalam dan luar Negara terhadap demokrasi berparlimen di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, anda berkuasa dan berhak untuk memilih sesiapa sahaja yang anda fikirkan mampu untuk membela nasib dan hak-hak anda sebagai rakyat Malaysia tanpa perlu dikongkong ataupun disogok oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Perlu diingatkan bahawa dalam pilihan raya, pelbagai janji-janji manis yang ditaburkan oleh calon-calon yang bertanding. Dalam situasi ini, rakyat perlu bijak dan pandai menilai serta memilih calon-calon yang difikirkan boleh membela nasib rakyat terutamanya rakyat yang tidak bernasib baik serta berada di dalam kemiskinan tegar seperti nelayan, buruh, petani yang tinggal di kampung-kampung dan di pedalaman. Sebagai contoh dalam rancangan BersamaMu yang disiarkan oleh TV3 banyak lagi disiarkan kehidupan rakyat yang miskin dan perlu dibantu oleh pihak-pihak yang berkenaan. Akan tetapi mereka ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya padahal mereka pun rakyat Malaysia yang mengundi dalam Pilihan Raya. Dahulupun mereka di tawarkan janji-janji manis oleh calon-calon yang bertanding, namun malangnya kedaifan tetap membelenggu mereka. Akan tetapi yang paling melucukan saya, apabila Media tampil menyiarkan kesusahan mereka baru ada pemimpin-pemimpin dari pihak-pihak tertentu yang datang menghulurkan bantuan seperti beras, gula, kopi dan sebagainya. Persoalan di sini mengapa waktu Media tampil baru kita hendak datang menolong? Justeru, Kita tidak mahulah pemimpin seperti itu, yang hanya pandai menawarkan janji-janji manis tetapi ianya hanyalah kosong.

Justeru, di kesempatan ini, saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyeru kepada mahasiswa/I UKM yang berasal daripada parlimen Permatang Pauh agar pulanglah untuk menunaikan tanggungjawab anda kepada Negara. Buatlah pilihan yang bijak agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Pilihlah pemimpin yang mahu membantu dan sanggup membela nasib rakyat bukannya pemimpin yang hanya beromong kosong serta mahu mengayakan poketnya sendiri dengan menggunakan kejahilan rakyat sebagai pentas bagi dirinya untuk mengaut keuntungan Duniawi.

Ahad, 10 Ogos 2008


PERTAMA SEORANG AYAH
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA SEORANG SUAMI
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA SEORANG ABANG
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

KEEMPAT ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan tarikan ibunya.Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar demi keselamatan daripada azab neraka


-KITAB IHYA' ULUMUDDIN-

Jumaat, 8 Ogos 2008

SELAMAT MENYAMBUT KONVOKESYEN KE 36


Pesta Konvokesyen ke 36 telah pun selamat dirakmikan pada 6 Ogos 2008 oleh Censelor UKM iaitu DYMM Tunku Yang Di-Pertua Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tungku Abdul Rahman. Sedikit kekecewaan terukir apabila majlis perasmian pesta konvokesyen yang bertemakan Mengkasa Integriti Menjana Wawasan ternyata gagal menarik minat mahasiswa/I untuk hadir ke Dewan Gemilang untuk memeriahkan majlis tersebut. Paling mengecewakan Sekretariat Pesta Konvo ternyata lebih ramai daripada para hadirin pada malam tersebut. Dimanakah Mahasiswa/I ketika ini? Bukan setakat itu sahaja, malahan pimpinan-pimpinan Pelajar seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF), Pimpinan Anak Negeri dan lainnya juga tidak ramai yang menghadirkan diri ke perasmian tersebut.

Disini menjadi kekeliruan bagi saya mengapakah hal ini terjadi? Mengapakan mahasiswa kurang berminat dengan perasmian ini? Adakah maklumat tentang program ini tidak diketahui atau kurang dihebahkan? Adakah mahasiswa/I berasa jemu kerana program-program ini acapkali dilakukan setelah PMUKM bertukar tampuk pemerintahan sehinggakan ianya dijadikan program wajib setiap tahun untuk dilaksanakan? Justeru, Saya tinggalkan persoalan ini untuk dijawab dan difikir oleh seluruh mahasiswa/I UKM.

Walaupun begitu, dikesempatan yang seketika ini, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan mengucapkan Selamat Menyambut Konvokesyen yang ke 36 kepada seluruh mahasiswa/I yang akan menerima segulung ijazah hasil penat lelah dan kesungguhan dalam menimba Ilmu di UKM terutamanya kepada abang-abang dan akak-akak dari Fakulti Pendidikan. Akhir kata, Tahniah dan Syabas Saya ucapkan di atas kejayaan anda untuk mengengam segulung ijazah yang begitu bermakna bagi kita semua. Semoga kejayaan ini terus menjadi pendorang bagi anda untuk terus maju ke bidang pekerjaan yang lebih mencabar. Ingatlah bahawa tugas kita sebagai pendakwah dan pejuang kebenaran tidak akan terhenti di sini sahaja sebaliknya ianya akan terus diperjuangkan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Wasalam

Rabu, 6 Ogos 2008


Dewasa ini, dengan kepesatan teknologi yang semakin canggih, manusia sering mengejar kemewahan hidup sehingga manusia sering mengabaikan tuntutan mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Mereka lebih mengejar kemewahan duniawi yang bersifat sementara berbanding kemewahan akirat yang dijanjikan oleh Allah melalui wahyu kepada Nabinya iaitu Muhammad S.A.W. Akibatnya ibadah kepada Allah dilupai, aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan tidak dipeduli. Bukan itu sahaja, malahan rumahtangga tidak terurus dengan baik, anak-anak terbiar dengan sewenang-wenangnya sehingga mereka menjadi liar. Tahap disiplin mereka semakin parah. Maka wujudlah anak-anak yang lupa kapada tanggungjawabnya kepada Allah, lupa kepada agama, lupa kepada bangsa dan Negara.

Dalam persoalan ini siapakah yang perlu disalahkan? Adakan Ibu Bapa yang bersalah? Adakah sekolah yang perlu bertanggungjawab? Atau ianya menjadi kesalah anak-anak itu sendiri. Dalam hal ini penulis sebagai seorang Mahasiswa berpendapat bahawa perkara ini berlaku kerana pelbagai elemen-elemen dipersekitarnnya. Pertamanya adalah berpunca daripada factor pengabaian Pendidikan Agama. Pendidadikan Agama dibelakangkan sehingga terlalu mengagung-agungkan pendidikan Barat. Ibu Bapa berasa malu menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Agama bahkan ada yang berpendapat bahawa belajar agama tiada peluang untuk anak mereka menceburi bidang-bidang utama seperti Ahli politik, Doktor, Kontraktor, Pensyarah, Peguam dan sebagainya.

Selain itu, wujudnya program-program reality TV yang bertentangan dengan imej Islam seperti Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Gengstar, Sifu, dan sebagainya. Program-program ini jelah meruntukkan moral dan akhlak manusia. Hasilnya para pelajar menjadikan artis-artis sebagai idola mereka dan sanggup meniru personaliti artis dengan mewarna rambut, berpakaian yang mendedahkan aurat, dan pelbagai lagi perkara yang tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. Media tidak bertindak sebagai agen untuk merubah remaja sebaliknya kelihatan semakin menyesatkan remaja dengan hiburan, filem-filem tempatan dan asing yang tidak sesuai untuk peringkat umur remaja. Media juga menjadi agen politik sesuatu Parti sehingga lupa akan tanggungjawab untuk bertindak sebagai agen perubahan masyarakat.

Apabila isu disiplin murid semakin serius, banyak pihak yang sering memberi pendapat bahawa rotan adalah ubatnya, bahkan ada pula yang berpendapat sebaliknya. Bagi penulis, rotan adalah sesuai dilaksanakan di sekolah. Punca pelajar menjadi liar adalah kerana keterbatasan peranan guru dalam mendidik pelajar. Guru tidak lagi berkuasa merotan pelajar sehingga pelajar menjadi berani, malahan ada pelajar yang berani memukul guru dan sebagainya. Apabila guru merotan pelajar, ibu Bapa mempertikaikan tindakan tersebut dan Ibu Bapa sanggup membawa kes ini ke mahkamah untuk mendakwa guru. Ini menyebabkan guru lebih banyak berdiam diri atau tidak mahu masuk campur jika ada kes perlanggaran disiplin di kalangan murid atau pelajar kerana ia akan menyusahkan diri sendiri

Maka di sinilah hilangnya kehormatan pelajar kepada guru. Pelajar tidak lagi menghormati guru, berani melakukan perkara-perkara yang melanggari disiplin sekolah kerana mereka mendapat pembelaan dari Ibu Bapa. Pepatah melayu ada mengatakan “sayangkan anak, tangan-tangankan” sudah dilupai. Anak-anak dimanja dan dituruti segala kemahuannya. Maka di sinilah berlakunya salah laku pelajar. Buktinya dalam akhbar Harian Metro 06 Ogos 2008 melaporkan bahawa terdapat 15 pelajar membelasah seorang rakan seasrama di Melaka pertengahan bulan lalu sehingga menyebabkan pelajar itu kini terpaksa menjalani terapi akibat kecederaan pada pinggul dan tulang belakang menjelaskan betapa masalah disiplin pelajar tidak pernah kendur

Kita yakin, jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti mereka akan berdisiplin di sekolah atau di luar rumah. Jika anak tidak berdisiplin, jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri kerana gagal mendidik mereka. Bagi sekolah pula, hak merotan perlu diberikan kepada semua guru bagi memastikan disiplin sekolah kembali terpelihara. Kaedah merotan perlu dipatuhi guru bagi mengelak kecederaan murid atau pelajar. Akhir sekali Semoga Masalah Disiplin Pelajar Terus Terpeliha

Rabu, 30 Julai 2008

PENGHAYATAN ISRAK MIKRAJ

Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.

Firman Allah Taala (maksudnya): "Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israk: 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya): �Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.� (A-li Imran: 19).

Dan Allah menyatakan juga (maksudnya): "Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi." (A-li Imran: 85) Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul 'alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.

Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.

Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.

Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam. Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.

Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara. Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.

Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat. Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam, dengan syarat mereka berpegang dengan Islam. Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam. Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam. Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.

Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah (maksudnya): �Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.� (A-li Imran: 102).

Ahad, 29 Jun 2008

SELAMAT DATANG WARGA FAKULTI PENDIDIKAN YANG BARU

Alhamdulillah bersyukur kita panjatkan kepada Allah SWT di atas segala rahmat dan maghfirah-Nya dapat sekali lagi kita bertemu di medan perjuangan yang kita cintai ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada warga Fakulti Pendidikan.

Lembaran baru telah bermula, syabas dan tahniah kepada para pelajar yang baru sahaja menjejak kaki ke UKM sekaligus menjadi warga Fakulti Pendidikan. Selamat datang saya ucapkan kepada siswa/I yang baru mendaftar di UKM ini. Gunakanlah peluang ini untuk mencipta sejarah yang baru dalam diri saudara dan saudari untuk kita kekalkan kedudukan universiti ini sebagai universiti yang terbaik di Malaysia sekaligus melayakkan Universiti kita sebagai Universiti APEX. Saya berharap kedatangan saudara saudari sebagai suntikan menjana perkembangan pendidikan yang hakiki untuk membentuk modal insan cemerlang seperti mana yang telah diuar-uarkan oleh semua pihak..

Kita sebagai pelajar seharusnya meletakkan keazaman yang tinggi untuk meningkatkan lagi usaha ke arah kecemerlangan untuk memacu hala tuju sebagai pembina masyarakat di masa akan datang. Tingkatkanlah usaha serta tumpukanlah kepada tanggungjawab kita kepada tugas yang sebenar sebagai seorang pelajar dan Pendidik demi mencapai kecermelangan pada masa depan. Semoga cita-cita yang diimpikan selama ini akan terlaksana. InsyaAllah…

Akhir kata, jagalah diri anda sebagai seorang manusia yang berakhlak dan beretika agar modal insan yang diingin di capai bukan sahaja cemerlang dari sudut akademiknya malahan cemerlang dari aspek akhlak dan moralnya. Sekian...

‘‘MAHASISIWA MEMACU KEBANGKITAN”

Isnin, 5 Mei 2008

Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat keilmuan, nikmat ukhwah dan segala nikmat yang diberikan kepada kita untuk membolehkan kita meneruskan kehidupan di dunia ini.

Setiap manusia yang hidup di alam fana’ ini akan di uji dengan pelbagai ujian sama ada ianya berat mahupun ringan. Itu adalah ketentuan Ilahi dan lumrah kehidupan bagi seseorang manusia apatah lagi ia bergelar seorang pelajar. Sama ada suka mahupun tidak kita terpaksa berhadapan dengan ujian tersebut. Tanpa persedian yang rapi, kita akan terus ketinggalan jauh. Justeru, bersiap sedialah untuk menghadapinya agar segala ujian yang terpaksa kita tempuhi itu, dihadapi dengan penuh kesabaran untuk mencapai kejayaan.

Setelah satu semester kita bertungkus lumus mencari dan mendalami ilmu yang ditawarkan di UKM khususnya di Fakulti Pendidikan, kini tibalah masa yang mana kita semua sebagai seorang pelajar terpaksa berhadapan dengannya, iaitu peperiksaan akhir semester. Saya mengharapkan sahabat-sahabat sekalian sudahpun bersedia untuk menghadapi ujian ini dengan penuh persediaan yang rapi dan terancang. Ingatlah wahai sahabatku, janganlah kita alpa dan leka dengan hiburan sehinggakan pelajaran kita terabai. Seharusnya kita berusaha untuk melakukan yang terbaik agar keputusan yang bakal diperoleh kelak lebih cemerlang dari sebelumnya.

Justeru, di kesempatan yang seketika ini saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada semua warga Fakulti Pendidikan. Lakukanlah perubahan dalam diri kita, buatlah yang terbaik agar kita menjadi pelajar yang cemerlang sekaligus menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Sebelum saya melabuhkan sauh, izinkan saya memohon jutaan kemaafan kepada seluruh warga Fakulti Pendidikan andaikata tersilap salah sepanjang saya menjadi MPP bagi kawasan Fakulti Pendidikan. Akhir kata saya mendoakan agar anda semua berjaya menjawab dengan baik sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan semester ini. Sekian dulu dari saya. Wasalam….

“MAHASISWA PENJANA KECMERLANGAN NEGARA”

Selasa, 15 April 2008

EDISI : HIDONISME


Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Ilahi di atas segala rahmat dan kasih sayang-Nya, dapat lagi kita bersama-sama untuk meneruskan pengajian kita dengan aman, tenteram dan selesa.

Perutusan kali ini adalah mengenai budaya Hedonisme yang semakin serius menular di kalangan mahasiswa/i terutamanya di kalangan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buktinya, aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh kebanyakkan kolej kediaman di UKM ternyata cenderung kepada hiburan yang melalaikan seperti Battle of the Band, Kugiran, Joget Lambak, Dansa dan sebagainya.

Kesan daripada wujudnya Budaya Hedonisme ini, mahasiswa/i tidak lagi berminat untuk menghadiri kuliah-kuliah ilmu, forum-forum keagamaan dan lain-lain lagi program yang berfaedah sebaliknya mereka akan cenderung kepada hiburan yang melalaikan. Akibatnya, prestasi akademik semakin menurun, maksiat berleluasa, dan keruntuhan akhlak dikalangan mahasiswa/i UKM semakin parah dan serius.

Sebagai mahasisiwa yang mempunyai daya keintelektualan yang tinggi, kita seharusnya menghindari gejala yang tidak berfaedah ini. Gelaja ini bukan sahaja salah di sisi agama Islam malah gejala ini juga akan menyebabkan mahasiswa/i akan lalai daripada mengejar ilmu pengetahuan. Sebagai mahasiswa/i, banyak lagi program yang berbentuk ilmiah boleh kita hadiri seperti wacana ilmu, forum perdana, diskusi ilmu, kuliah-kuliah keagamaan dan sebagainya.

Akhir kata, pada hari ini marilah kita berazam dan berjanji kepada diri kita, agar kita menjauhi dan tidak menyokong segala aktiviti-aktiviti berunsurkan hedonisme yang banyak di anjurkan oleh kolej-kolej kediaman di UKM. Semoga perjanjian kita ini sedikit sebanyak boleh mencegah gelaja ini daripada berleluasa di UKM yang kita cinitai. Semoga segala usaha kita ini mendapat keberkatan serta mendapat pertolongan daripada Allah. Sekian

“MAHASISWA BERAKHLAK, TERAS KEUTUHAN NEGARA’

Khamis, 27 Mac 2008


Oleh : Mohd Fadlail Baharom

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi di atas limpah dan rahmatnya dapat lagi untuk kita berada di landasan yang benar iaitu atas landasan Islam yang kita anuti ini. Selawat dan salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad dan para sahabat yang terbukti berjuang untuk mempertahankan Islam sehingga Islam masih lagi wujud hingga ke hari ini.

Baru-baru ini yakni pada 27 Mac 2008 yang lalu, umat Islam dikejutkan dengan satu tindakan penyiaran Filem 'Fitna' menerusi web “Liveleak” yang dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen Belanda iaitu Geert Wilders. Filem yang berbentuk dokumentari pendek ini secara jelas menghina al-Quran dan agama islam itu sendiri. Penayangan filem ‘Fitna’ ini jelas dilakukan dengan sengaja untuk menghina Islam yang kita anuti. Perkara ini bukan sahaja mendapat bantahan daripada rakyat Malaysia sahaja, bahkan ianya mendapat bantahan dari seluruh dunia.

Dahulunya Denmark pernah menghina junjungan besar Nabi kita dengan karikator yang jelas menghina keperibadian baginda tetapi pada hari ini Islam sekali lagi dihina oleh yahudi laknatullahi alaih.. Maka benarlah kata-kata Allah dalam firmannya yang bermaksud ‘orang-orang yahudi dan Nasrani itu tidak akan redho terhadap umat islam sehingga umat Islam mengikut telunjuk mereka’

Perbuatan mereka ini jelas menunjukkan mereka semakin berani untuk menimbulkan kemarahan umat Islam. Dimanakah pemuda-pemuda Islam? Di manakah Mahsisiwa/I. Ayuhlah wahai sahabat-sahabatku, bangunlah untuk mempertahankan Islam yang kita cintai ini. Janganlah kita leka dan alpa dengan kesoronokkan hiburan dan dunia semata-mata.

Saya meresakan bahawa inilah akibatnya jika kita membelakangkan al-Quran dan ajaran sebenar dalam agama Islam. Kita masih lagi mengikut budaya barat, kita masih lagi berseronok dengan nikmat dunia yang sementara, masih lagi alpa dan leka dengan hiburan-hiburan yang melalaikan, kita masih lagi berjoget, berdansa dan masih lagi melakukan perkara-perkara yang menyalahi dengan Agama Islam. Kerana itulah musuh-musuh Islam berani menghina Islam kerana mereka berpendapat umat Islam tidak kuat, masih alpa dan leka dengan hiburan yang diacu oleh barat untuk merosakkan umat Islam.

Justeru, marilah kita menghitung diri kita, marilah kita bermuhasabah di atas dosa dan kelalaian kita selama ini. Marilah kita memboikot barangan dari belanda, denmark dan seluruh barangan ciptaan Yahudi Laknatullahi Alaih. Bukan sekadar itu sahaja, boikotlah program-program anjuran yahudi seperti Akademi Fantasia, Malasian Idol, Genstar, dan banyak lagi. Mudah-mudahan dengan kesungguhan kita ini, Islam akan terus dijulang dan tidak lagi di hina.

Jumaat, 7 Oktober 2005


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Ruj. Kami : MPPFPend / UKM / 08 / 4

Tarikh : 28 JULAI 2008

Tuan Haji Mohd. Abd. Rashid Mohd Fadzil

Bendahari UKM,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SEMAKAN SEMULA YURAN PELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili suara mahasiswa/i UKM ingin memohon agar pihak tuan membuat penyemakan semula terhadap yuran pelajar seperti berikut :

2.1. Yuran Elektrik RM25 setiap pelajar

2.2. Yuran Khas Alumni RM50 setiap pelajar

2.3. Kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej dari RM80 kepada RM100

2.4. Jumlah yuran bagi setiap kolej di UKM yang berbeza-beza

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan :

3.1. Menjelaskan kemunasabahan penetapan Yuran Elektrik, Yuran Khas Alumni dan kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej.

3.2. Menjelaskan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap mahasiswa/i daripada penetapan Yuran Khas Alumni dan Yuran Khas Aktiviti Kolej.

3.3. Menjelaskan perbezaan yuran bagi kolej-kolej di bawah pentadbiran UKM.

4. Justeru, sekiranya penetapan dan kenaikannya tidak munasabah, pihak kami menggesa agar yuran tersebut dihapuskan dan dikembalikan kepada mahasiswa/i. Segala pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak tuan terhadap perkara ini bagi mengurangkan bebanan ekonomi mahasiswa/i amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MENGILHAMKAN HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN”

Yang menjalankan tugas,

………………………………………….

Majlis Perwakilan Pelajar,

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

s.k. - Fail MPP Fakulti Pendidikan UKM

Naib Canselor UKM

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej-kolej UKM

;;