Memaparkan catatan dengan label iBNU aLHAMFARI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iBNU aLHAMFARI. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mac 2009

Pelajar Oh Pelajar

Semasa pulang daripada kuliah Penghantar Qiraat dan Hafazan, saya ada terbaca satu artikal berkenaan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah. Masalah disiplin pelajar ini kelihatan semakin hari semakin berleluasa sehingga tidak nampak ada jalan yang boleh mengatasi masalah ini. Pekara ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, malah guru dan masyarakat juga berasa bimbang dengan peramasalah ini. Berikut merupakan beberapa jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar :

1. Media mendedahkan tindakan berani sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah yang merakam dan memasukkan aksi buli yang mereka lakuan ke atas seorang pelajar lain ke dalam YouTube.

2. Pada 1 Mac lalu, seorang pelajar tingkatan empat cedera akibat kepalanya dihentak ke tiang oleh pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Merchang.

3. Pada 4 Mac lalu, muncul pula kejadian terbaru membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dibelasah oleh sekumpulan 10 pelajar berhampiran sebuah sekolah di Mentakab. Kejadian pukul 'ala gengster' kira-kira pukul 1.30 petang itu mengakibatkan pelajar tingkatan tiga berkenaan 'lembik' sehingga terpaksa dipapah pulang ke rumah oleh rakannya.

4. Kes di Kelantan yang mana kejadian yang melibatkan pelajar sekolah seperti yang dilaporkan oleh kosmo iaitu : Menyamun masa ponteng - Tujuh pelajar sekolah ditahan menceroboh rumah doktor


Sebenarnya bukan ini sahaja kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar. Malah banyak lagi yang penulis tidak senaraikan kerana kes-kes yang lain sudah lama dibicangkan. Kesemua kes-kes yang dipaparkan di atas dilaporkan sebagai kes serius sehingga kes ini melibatkan pihak polis. Ini menunjukkan bahawa kejadian ini semakin hari semakin serius. Sebagai bakal guru, penulis berasa amat bimbang dengan permasalah ini. Bilakah permasalahan ini akan dapat diselesaikan?? Adakah generasi muda kini sudah parak moral mereka?? Bagaimanakah Nasib Negara kita kelak akibat wujudnya generasi muda yang sering melakukan jenayah??


Saya teringat satu pepatah yang mengatakan “kalau nak lihat apa akan terjadi pada Negara kita kelak, lihatlah remajanya yang sedang membesar diwaktu ini”. Justeru, dengan wujudnya pelbagai masalah serius yang melibatkan remaja (pelajar) kini, apakah nasib yang bakal menimpa Negara kita kelak???? … Saya tinggalkan persoalan dan pepatah ini untuk difikirkan oleh pembaca… wasalam

Sabtu, 10 Januari 2009

Bakal MPP Fakulti Pendidikan

Calon GMUKM bagi kawasan FPEND Thn 1/2 dan 3/4


Ketika Menunggu di Gerak Minda



Calon GMUKM VS Calon Aspirasi

Tanggal 15 januari akan menyaksikan tampuk pemerintahan PMUKM sekali lagi akan bertukar tangan kepada barisan kepimpinan mahasiswa yang baharu. sama ada Aspirasi atau pun Gabungan Mahasiswa yang akan memenangi pilihan raya kampus pada kali ini, ianya akan dapat ditentukan pada malam pengistiharannya. Namun pun begitu, belum lagi masuk berperang Calon Aspirasi di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuteraan sudahpun tersungkur di medan peperangan pada kali ini. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah tidak berdaya lagi untuk mengatur strategi yang bijak sedangkan di pihak Gabungan Mahasiswa, mereka seringkali kelihatan bersemangat dan sering berusaha untuk memenangi PRK agar tampuk kepimpinan PMUKM akan dipegang oleh golongan mahasiswa yang layak dan berkaliber demi kebajikan kepada semua mahasiswa. Penulis ingin mengucapkan Tahniah kepada Pimpinan dan calon-calon GMUKM atas usaha dan semangat yang mereka tunjukkan.

Sebagai seoarang mahasiswa, penulis sangat mengharapkan agar PRK kali ini berjalan dengan lancar tanpa penipuan oleh pihak-pihak tertentu. Penulis juga mengharapkan agar, pihak pentadbiran Universiti, Pengetua-pengetua kolej dan mana-mana golongan bukan Mahasiswa agar tidak masuk campur dalam urusan mahasiswa. ini adalah medan untuk mahasiswa, bukan medan anda. Biarlah mahasiswa yang memilin dan menentukan Pemimpin mereka.

Akhir kata, penulis ingin mengucapkan Selamat Berkempen kepada semua calon. Jadikanlah peluang ini untuk anda mengasah bakat kepimpinan anda. Kepada seluruh mahasiswa, penulis berpesan agar bijak dalam membuat keputusan. Pilihlah pemimpin yang layak dan mampu menjaga kebajikan anda agar anda tidak menyesal di kemudian hari. wasalam

Rabu, 31 Disember 2008

Allah Selamatkan PalastiN


Apakah Dosa Anak Kecil ini???






Jumaat, 15 Ogos 2008

APA SUDAH JADI DENGAN PELAJAR KITA



Amalan beberapa pelajar yang menoreh dagu bukan setakat mahu berlagak menjadi ahli kumpulan samseng Gagak Hitam, malah pada masa yang sama, kegiatan mereka membuli pelajar lain turut dianggap zalim. Walaupun sebelum ini mereka menafikan menindas pelajar lain, hakikatnya geng samseng sekolah itu memang menjadi pembuli dan ditakuti.

Difahamkan kegiatan Gagak Hitam merupakan sebuah kumpulan samseng pelajar yang pernah aktif dua dekad lalu dan berpangkalan di Lembah Klang. Kumpulan itu bertapak pada pertengahan 1980-an dengan gerakan liar dan menyepi seketika sebelum muncul semula pada awal 1990-an. Ketika itu, dagu pelajar yang menjadi ahlinya ditanda dengan menekap syiling yang dibakar atau ditoreh dengan jangka lukis dan ahli perlu bersumpah setia kepada kumpulan. Pelajar terlibat dikatakan berusia awal remaja antara 13 dan 15 tahun dan majoritinya adalah di kalangan pelajar tingkatan 1. Kumpulan itu berperanan sebagai ‘pelindung’ kepada ahlinya dan terlibat dengan kegiatan membawa barang-barang haram seperti ganja dan rokok ke sekolah selain terlibat dengan seks bebas.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di sini, Zaleha (bukan nama sebenar) yang bimbang dengan penularan budaya kumpulan samseng itu. Dakwanya, usaha menghidupkan kumpulan samseng di sekolah sudah dilakuka dan yang membimbangkan usaha ‘merekrut’ pelajar kian nyata termasuk di kawasan luar bandar. Zaleha mendakwa, beliau pernah berjumpa dengan dua pelajar yang mempunyai tanda tersebut di dagu mereka dan kedua-duanya mengakui ia ‘lambang’ mereka.

Perkara yang sama turut didedahkan oleh pelajar di beberapa sekolah di negeri ini yang menjadi mangsa dan sudah tidak tahan terus-menerus diperlakukan seumpama hamba kepada rakan sekolah sendiri. Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hana, 14, mendakwa, dia pernah dipukul ahli Gagak Hitam kerana tidak mampu membeli pen yang dijual mereka. “Pen itu asalnya pen saya. Mereka rampas. Esoknya mereka cari saya dan paksa saya beli dengan harga dua kali ganda pula. “Saya antara pelajar yang kerap jadi mangsa ahli kumpulan itu. Memang mereka zalim dan saya sedih kerana diperlakukan macam ni,’’ katanya yang tidak dapat belajar dengan tenang di sekolah.

Shauki (bukan nama sebenar), 13, berkata, setiap hari dia diugut oleh kumpulan pelajar yang berlagak ahli Gagak Hitam dan dipaksa memberi duit poket kepada mereka. “Paling kurang, mereka minta 20 sen. Saya pun berilah wang sebab memang dah tak ada pilihan lain, lagipun mereka ramai. Saya pernah melawan tapi mereka ancam pukul saya, malah mereka pegang tangan dan seluk poket saya. “Ada juga pelajar yang kena bayar sampai RM1 sehari kepada kumpulan itu dan biasanya mereka ini anak orang berada,’’ katanya kepada Kosmo! semalam.

Jelasnya, ada kira-kira 10 pelajar di sekolahnya yang dikenali sebagai anggota kumpulan Gagak Hitam dan mereka kerap bersama dan melindungi satu sama lain.---Kosmo

Ahad, 10 Ogos 2008


PERTAMA SEORANG AYAH
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA SEORANG SUAMI
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA SEORANG ABANG
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

KEEMPAT ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan tarikan ibunya.Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar demi keselamatan daripada azab neraka


-KITAB IHYA' ULUMUDDIN-

Jumaat, 7 Oktober 2005


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Ruj. Kami : MPPFPend / UKM / 08 / 4

Tarikh : 28 JULAI 2008

Tuan Haji Mohd. Abd. Rashid Mohd Fadzil

Bendahari UKM,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SEMAKAN SEMULA YURAN PELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili suara mahasiswa/i UKM ingin memohon agar pihak tuan membuat penyemakan semula terhadap yuran pelajar seperti berikut :

2.1. Yuran Elektrik RM25 setiap pelajar

2.2. Yuran Khas Alumni RM50 setiap pelajar

2.3. Kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej dari RM80 kepada RM100

2.4. Jumlah yuran bagi setiap kolej di UKM yang berbeza-beza

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan :

3.1. Menjelaskan kemunasabahan penetapan Yuran Elektrik, Yuran Khas Alumni dan kenaikan Yuran Khas Aktiviti Kolej.

3.2. Menjelaskan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap mahasiswa/i daripada penetapan Yuran Khas Alumni dan Yuran Khas Aktiviti Kolej.

3.3. Menjelaskan perbezaan yuran bagi kolej-kolej di bawah pentadbiran UKM.

4. Justeru, sekiranya penetapan dan kenaikannya tidak munasabah, pihak kami menggesa agar yuran tersebut dihapuskan dan dikembalikan kepada mahasiswa/i. Segala pertimbangan dan perhatian segera oleh pihak tuan terhadap perkara ini bagi mengurangkan bebanan ekonomi mahasiswa/i amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MENGILHAMKAN HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN”

Yang menjalankan tugas,

………………………………………….

Majlis Perwakilan Pelajar,

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

s.k. - Fail MPP Fakulti Pendidikan UKM

Naib Canselor UKM

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej-kolej UKM

;;