Selasa, 10 Mac 2009

WAHDAH PEMANKIN KHAIRA UMMAH

GAMBAR PILIHAN ''SAMBUTAN MAULIDURASUL'












Isnin, 9 Mac 2009

HUKUMAN ROTAN DIAKTFKAN KEMBALI



Dahulunya di dalam hasil penulisan saya berkenaan dengan masalah disilin pelajar, saya ada menyatakan bahawa masalah pengharaman rotan ke atas para pelajar turut mendorong kepada berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar. Hal ini kerana jika tidak dikuatkuasakan hukuman rotan ini, pelajar akan menjadi semakin liar sehingga mereka akan berasa berani untuk melakukan pelbagai masalah disiplin di dalam sekolah.


Mungkin sesetengah orang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini, namun saya tetap berpegang kepada pendapat ini. Di dalam Islam pun ibu bapa disarankan agar merotan anak-anak yang degil @ enggan menunaikan solat. Justeru amalan yang telah diajarkan oleh agama Islam wajar diikuti untuk kemaslahan manusia. Lantas ia perlu dipraktikkan oleh guru-guru untuk membendung masalah disiplin pelajar. Setelah saya membaca akhbar kosmo bertarikh 09/03/2009, saya mendapati bahawa di dalam laporan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaktifkan kembali hukuman rotan bagi membendung masalah disiplin pelajar yang semakin serius. Berikut merupakan laporan itu :


PASIR PUTEH - Masalah disiplin pelajar sekolah menuntut Kementerian Pelajaran mengaktifkan kembali hukuman rotan sebagai tindak balas yang rasional untuk penyelesaian jangka pendek.

Meskipun tindakan itu mendapat tentangan banyak pihak sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pula berpendapat, ia wajar bagi menunjukkan peraturan sekolah bukan sesuatu yang boleh diperkotak-katikkan.

Untuk itu katanya, pengetua dan guru besar sekolah akan diberi tanggungjawab melaksanakan hukuman tersebut selepas siasatan masalah disiplin selesai.

"Peraturan sekolah bukan sesuatu yang boleh dicabar walaupun di mahkamah, kita ada hak menguatkuasakan apa sahaja yang perlu mengikut pertimbangan yang sewajarnya,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut di sini semalam.

Lawatan itu susulan daripada kes pelajar tingkatan tiga, Mohd. Amirul Mohd. Affandi, 14, cedera dilibas dengan lawi ayam oleh sekumpulan pelajar senior kelmarin.
Menurutnya, pengurusan disiplin sekolah akan dipertingkatkan dengan tanggungjawab guru disiplin dipikul oleh semua guru.

Sementara itu, dalam kes di SMK Tok Janggut, Alimuddin memberitahu, seorang pelajar yang menikam mangsa telah dibuang sekolah manakala tiga rakannya dihukum gantung sekolah antara seminggu hingga dua minggu.

Jumaat, 6 Mac 2009

Pelajar Oh Pelajar

Semasa pulang daripada kuliah Penghantar Qiraat dan Hafazan, saya ada terbaca satu artikal berkenaan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah. Masalah disiplin pelajar ini kelihatan semakin hari semakin berleluasa sehingga tidak nampak ada jalan yang boleh mengatasi masalah ini. Pekara ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, malah guru dan masyarakat juga berasa bimbang dengan peramasalah ini. Berikut merupakan beberapa jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar :

1. Media mendedahkan tindakan berani sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah yang merakam dan memasukkan aksi buli yang mereka lakuan ke atas seorang pelajar lain ke dalam YouTube.

2. Pada 1 Mac lalu, seorang pelajar tingkatan empat cedera akibat kepalanya dihentak ke tiang oleh pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Merchang.

3. Pada 4 Mac lalu, muncul pula kejadian terbaru membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dibelasah oleh sekumpulan 10 pelajar berhampiran sebuah sekolah di Mentakab. Kejadian pukul 'ala gengster' kira-kira pukul 1.30 petang itu mengakibatkan pelajar tingkatan tiga berkenaan 'lembik' sehingga terpaksa dipapah pulang ke rumah oleh rakannya.

4. Kes di Kelantan yang mana kejadian yang melibatkan pelajar sekolah seperti yang dilaporkan oleh kosmo iaitu : Menyamun masa ponteng - Tujuh pelajar sekolah ditahan menceroboh rumah doktor


Sebenarnya bukan ini sahaja kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar. Malah banyak lagi yang penulis tidak senaraikan kerana kes-kes yang lain sudah lama dibicangkan. Kesemua kes-kes yang dipaparkan di atas dilaporkan sebagai kes serius sehingga kes ini melibatkan pihak polis. Ini menunjukkan bahawa kejadian ini semakin hari semakin serius. Sebagai bakal guru, penulis berasa amat bimbang dengan permasalah ini. Bilakah permasalahan ini akan dapat diselesaikan?? Adakah generasi muda kini sudah parak moral mereka?? Bagaimanakah Nasib Negara kita kelak akibat wujudnya generasi muda yang sering melakukan jenayah??


Saya teringat satu pepatah yang mengatakan “kalau nak lihat apa akan terjadi pada Negara kita kelak, lihatlah remajanya yang sedang membesar diwaktu ini”. Justeru, dengan wujudnya pelbagai masalah serius yang melibatkan remaja (pelajar) kini, apakah nasib yang bakal menimpa Negara kita kelak???? … Saya tinggalkan persoalan dan pepatah ini untuk difikirkan oleh pembaca… wasalam

WARGA ASING

Dewasa ini kebanjiran warga asing ke negara kita semakin serius diperkatakan. Apatidaknya kehadiran mereka yang mulanya bertujuan untuk mencari rezeki yang halal di negara ini dicemari oleh segelintir daripada mereka yang bertindak menyalahi undang-undang negara. maka berlakulah permasalahan seperti mencuri, ragut, merogol gadis-gadis tempatan dan tidak cukup dengan itu ada yang melakukan pembunuhan di negara ini. Akibatnya, jenayah negara semakin meningkat hari demi hari.

Buktinya jenayah yang membabitkan warga asing terutama warga Indonesia semakin membimbangkan apabila pada 2008, seramai 52 penjenayah warga asing ditembak mati polis. Perkara ini didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung mengenai jumlah penjenayah warga asing yang ditembak mati meningkat sebanyak 90 peratus berbanding tiga kes sahaja pada 2007.

Persolan di sini mengapakah kebanjiran warga asing tidak dipantau secara serius???? Hasil penelitian saya terhadap permasalah ini, saya merasakan bahawa punca meningkatnya jenayah di Negara kita adalah disebabkan oleh kebanjiran warga asing itu sendiri. Berjalan saja lah di Kuala Lumpur, Malaka, Johor dan lain-lain negeri kelihatan warga asing terlalu ramai yang menbanjiri negara kita. Memanglah mereka ingin mencari rezeki tetapi jika mereka terdesak, maka pelbagai perkara boleh berlaku seperti meragut, mencuri dan sebagainya. Selain itu saya pernah melihah kelibat warga asing yang menggangu gadis-gadis tempatan. Tidak mustahil dengan ganguan tersebut lama kelamaan mereka akan merperkosa dan merogol gadis-gadis tersebut. Lihat sahajalah di dada-dada akhbar, sudah ramai gadis-gadis tempatan menjadi bahan lepasan nafsu serakah mereka. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang melarikan gadis-gadis tempatan ke Negara mereka. Perkara inilah yang membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa yang risaukan keadaan anak gadis mereka..

Tidak dinafikan bahawa kebanjiran mereka di Negara ini juga ada kebaikannya. Lihat sahajalah di sektor-sektor pembinaan dan perkilangan. Mereka banyak membantu sektor ini berkembang dengan pesat dan jaya. Namun bagi saya kebaikan itu lebih kecil daripada kemudhoratan yang bakal ditimpa kelak. Justeru, kerajaan perlulah peka dan prihatin dengan permasalan ini agar kedaulatan Negara ini akan terus dikecapi oleh segenap rakyat Malaysia.

Ahad, 18 Januari 2009

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252
Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883
Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193
Info:
Majoriti:2,631
Undi Rosak:665
Pemilih berdaftar:80,229
Keluar Mengundi:63,993
% Keluar Mengundi:79.9%


Calon Pas iaitu, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam itu mendapat 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang memperoleh 30,252 undi. Semantara itu, Azharudin Mamat yang merupakan calon bebas pula hilang wang pertaruhan apabila sekadar mendapat 193 undi.

Rata-rata mengatakan bahawa faktor kemenangan calon Pas adalah disumbangkan oleh golongan muda yang masih lagi mencari suatu parti yang mampu membela nasib mereka kelak. Golongan muda ini juga kebanyakkannya berpelajaran tinggi dan mempunyai daya keintelektualan yang tinggi serta tidak mudah termakan dengan hasutan-hasutan serta kempen-kempen berat sebelah yang dimainkan di media-media tempatan.. Akibatnya kami sebagai pemuda pemudi merasa agak bosan dengan kempen-kempen yang agak menyebelahi sesuatu parti politik yang bertanding dan memburuk-burukkan suatu pihak yang lain.

Sebagai mahasiswa, Penulis mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Pas iaitu Mohd Abdul Wahid Endut sebagai ahli parlimen Kuala Tarangganu yang baharu. Akhir sekali, penulis berharap agar calon yang telah menang di Kuala Terangganu dapat menunaikan amanah yang telah diberi dengan sebaiknya. Jalankanlah tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi agar rakyat di Parlimen Kuala terangganu mendapat pelbagai manfaat daripada anda. Ingatlah bahawa amanah ini adalah amanah yang telah diberi oleh ALLAH, maka tunaikanlah ia dengan sebaiknya.

Sabtu, 10 Januari 2009

Bakal MPP Fakulti Pendidikan

Calon GMUKM bagi kawasan FPEND Thn 1/2 dan 3/4


Ketika Menunggu di Gerak Minda



Calon GMUKM VS Calon Aspirasi

Tanggal 15 januari akan menyaksikan tampuk pemerintahan PMUKM sekali lagi akan bertukar tangan kepada barisan kepimpinan mahasiswa yang baharu. sama ada Aspirasi atau pun Gabungan Mahasiswa yang akan memenangi pilihan raya kampus pada kali ini, ianya akan dapat ditentukan pada malam pengistiharannya. Namun pun begitu, belum lagi masuk berperang Calon Aspirasi di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuteraan sudahpun tersungkur di medan peperangan pada kali ini. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah tidak berdaya lagi untuk mengatur strategi yang bijak sedangkan di pihak Gabungan Mahasiswa, mereka seringkali kelihatan bersemangat dan sering berusaha untuk memenangi PRK agar tampuk kepimpinan PMUKM akan dipegang oleh golongan mahasiswa yang layak dan berkaliber demi kebajikan kepada semua mahasiswa. Penulis ingin mengucapkan Tahniah kepada Pimpinan dan calon-calon GMUKM atas usaha dan semangat yang mereka tunjukkan.

Sebagai seoarang mahasiswa, penulis sangat mengharapkan agar PRK kali ini berjalan dengan lancar tanpa penipuan oleh pihak-pihak tertentu. Penulis juga mengharapkan agar, pihak pentadbiran Universiti, Pengetua-pengetua kolej dan mana-mana golongan bukan Mahasiswa agar tidak masuk campur dalam urusan mahasiswa. ini adalah medan untuk mahasiswa, bukan medan anda. Biarlah mahasiswa yang memilin dan menentukan Pemimpin mereka.

Akhir kata, penulis ingin mengucapkan Selamat Berkempen kepada semua calon. Jadikanlah peluang ini untuk anda mengasah bakat kepimpinan anda. Kepada seluruh mahasiswa, penulis berpesan agar bijak dalam membuat keputusan. Pilihlah pemimpin yang layak dan mampu menjaga kebajikan anda agar anda tidak menyesal di kemudian hari. wasalam

;;